PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM MEMUDAHCARA PROSES IMPORT EKSPORT DI NEGERI KELANTAN MALAYSIA. Mohd Azian bin Che Hamat

Size: px
Start display at page:

Download "PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM MEMUDAHCARA PROSES IMPORT EKSPORT DI NEGERI KELANTAN MALAYSIA. Mohd Azian bin Che Hamat"

Transcription

1 PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM MEMUDAHCARA PROSES IMPORT EKSPORT DI NEGERI KELANTAN MALAYSIA Mohd Azian bin Che Hamat Kolej Komuniti Pasir Mas zian_160480@yahoo.com ABSTRAK Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eksport yang berkaitan dengan agensi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Negeri Kelantan. Kajian kes ini menggunakan kaedah temu bual yang bersifat kualitatif bagi mengumpul data deskriptif ke atas pengurus syarikat freight & forwarding iaitu DLSB dengan melihat kepada aspek peranan freight & forwarding dan Maqis, masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan kepada kelancaran proses import eskport. Hasil dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa pihak Maqis perlu mengeluarkan satu standard khusus untuk memudahkan proses penyelarasan kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight & forwarding yang terdapat di Negeri Kelantan khususnya yang berurusan dengan import eksport produk dari Thailand. Selain itu pihak Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau yuran yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Untuk melancarkan proses import dan eksport, pihak pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek maklumat pendaftaran dan kadar bayaran sebelum berurusan dengan Maqis, agen freight & forwarding dan Kastam. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan cadangan ke arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen freight & forwarding. Cadangan kepada pengkaji akan datang perlu melihat aspek keberkesanan proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat Maqis dari aspek kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Kata kunci: freight dan forwarding, import eksport, kitaran pembekalan. ABSTRACT This case study discusses the role of freight & forwarding companies in facilitating the export import process related to the Malaysian Quarantine and Inspection Service (Maqis) agency under the Ministry of Agriculture and Agro-based in Kelantan. This case study used qualitative interviewing methods to collect descriptive data on freight and forwarding companies, DLSB by looking at the aspects of freight & forwarding and Maqis role, problems faced and suggestions for improvement on the smoothness of the 45

2 import and esport process. The findings of this case study show that the Maqis need to issue a specific standard to facilitate the process of aligning the work by informing the Standard Operating Procedures (SOP) to freight & forwarding agents located in Kelantan, particularly those dealing with imported export of products from Thailand. In addition, the Maqis shall also disclose in detail the incremental costs or fees incurred in the process of inspection and sampling of the product. To launch the import and export process, the customer must refer to the ministry involved in the registration information and payment rates before dealing with Maqis, freight & forwarding agents and Customs. This case study can contribute in terms of ideas and suggestions towards continuous improvement either the Maqis or the freight & forwarding agency. Suggestions for future researchers need to see the effectiveness of the export import process among customers who use Maqis services from aspects of customer satisfaction and service quality. Keywords: freight, forwarding, export import, supply chain PENGENALAN Logistik dan pengangkutan kebiasaannya dikaitkan dengan proses melancarkan penghantaran barangan dalam negeri mahupun luar negeri. Walau bagaimanapun, apabila urusan perdagangan dan pengangkutan telah mula berkembang sehingga peringkat antarabangsa, justeru pengangkutan memerlukan syarikat freight & forwarding untuk menguruskan proses pengiriman barangan agar lebih sistematik (rujuk rajah 1, berkenaan dengan kebaikan syarikat freight & forwarding. Perkhidmatan freight & forwarding menawarkan khidmat nasihat, penyediaan kertas kerja dan panduan untuk menguruskan proses barangan door to door. Setiap pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih kaedah yang sesuai dengan peruntukan seperti yang dicadangkan oleh syarikat freight & forwarding. Syarikat kebiasaannya memilih aspek menjimatkan kos dan masa untuk kepuasan pelanggan tanpa menggunakan vendor tunggal seperti berhubung secara terus dengan syarikat trak, pengangkutan udara dan laut. Kajian kes ini akan membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eskport melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Negeri Kelantan. 46

3 Latarbelakang kajian Rajah 1 Kebaikan syarikat freight & forwarding Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam melancarkan proses import dan eksport bagi sempadan Malaysia Thailand khususnya melalui agensi Maqis. Jabatan ini berperanan untuk mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikrooganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkaraperkara yang berkaitan dengannya. Menurut Norhafizah & Norshamliza (2016), negara Malaysia mengalami peningkatan dalam pengimportan makanan dari luar khususnya daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan. Menurut statistik dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, peningkatan permintaan berlaku dari tahun 2010 berjumlah 3,568,000 tan metrik, dijangka meningkat kepada 11,175,000 tan metrik pada tahun Defisit permintaan untuk pengeluaran ternakan akan berlaku berjumlah 3,615,000 tan metrik kepada 14,790,000. Ini menunjukkan Malaysia amat bergantung kepada pengimportan produk ternakan dari negara Australia, New Zealand, India dan Thailand untuk memastikan bekalan daging memenuhi permintaan penduduk Malaysia. Proses pengimportan atau pengeksportan akan melibatkan pihak Maqis sebagai jabatan yang mengawalselia proses berkenaan. Justeru kajian kes ini melibatkan pemantauan dan temubual bersama pengurus DLSB menunjukkan bahawa penubuhan Maqis mempunyai kesan pro dan kontra kepada proses import mahupun eksport. Untuk menghuraikan kajian kes dengan lebih terperinci, bab yang berikutnya akan membincangkan peranan DLSB, pernyataan masalah dan kajian literatur. Profil syarikat Syarikat yang dijadikan sebagai kajian kes ini adalah sebuah syarikat perkhidmatan logistik iaitu DLSB yang beralamat di Lot 2147, Taman Jaya Indah, Rantau Panjang, Kelantan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 September 2001 yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan sebagai agen import dan eskport yang dilantik oleh 47

4 Kastam Diraja Malaysia. Syarikat ini beriltizam untuk menjadi sebuah syarikat yang relevan, berkualiti dan berdaya saing dalam menawarkan perkhidmatan dan jualan produk kepada pelanggan. Syarikat ini bermatlamatkan untuk memberi perkhidmatan logistik nasihat pertanian yang terbaik melalui penjualan produk-produk pertanian bermutu tinggi dan juga menyediakan sewaan jentera berat industri yang terkini dan efisien. Berikut merupakan perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan: i. Perkhidmatan logistik dengan pelbagai kapasiti saiz. ii. Agen berdaftar untuk import dan eskport oleh Kastam Diraja Malaysia. iii. Perkhidmatan nasihat pertanian / pengimport / pembekalan input pertanian. iv. Penyewaan kenderaan dan jentera berat. Pernyataan masalah Hasil pemantauan terhadap perjalanan syarikat DLSB menunjukkan beberapa masalah dihadapi dalam aspek pengurusan berkaitan dengan import dan eskport yang dijadikan sebagai kajian kes. Syarikat DLSB sebagai pemudahcara untuk melancarkan proses import dan eskport barangan seperti haiwan, sayuran dan perikanan yang memerlukan pemeriksaan dokumen lengkap khususnya melalui e-permit atau e-pelesenan atau e-sijil 3P yang perlu dipatuhi. Setelah pemeriksaan dokumen selesai, proses pemeriksaan fizikal dan persampelan perlu dilakukan. Akibat daripada proses ini, menyebabkan berlaku kelewantan dan penangguhan kepada proses import / eksport. Antara kos yang perlu dibayar oleh pelanggan dalam proses import / eksport seperti yuran pendaftaran permit, kos pemeriksaan fizikal, kos persampelan dan sijil pelesenan. Kos tambahan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Maqis, sekiranya berlaku penangguhan dalam proses berkenaan seperti kos kuarantin atau sampel bermasalah akan dikena caj tambahan yang bergantung kepada kos sehari. Justeru masalah ini menjadi ketidakselesaan pelanggan dalam berurusan dengan pihak Maqis. Rajah 2 menunjukkan carta alir proses pelaksanaan pemeriksaan barangan yang import atau eksport yang dijadikan sebagai pernyataan masalah kajian kes ini. 48

5 1) Pemeriksaan Dokumen Terima - Dokumen import Kos Semak Tidak Lengkap - Daftar dalam e-permit / e-pelesenan / e-sijil 3P - Invois, Sijil kesihatan, K1, CITES dan SKP1 Pendaftaran e- permit (RM10.00) 2) Pemeriksaan Fizikal Ya Periksa - No. pengenalan / Spesis / Jantina / Kuantiti Pemeriksaan (RM50.00) 3) Persampelan Tahan (Larang masuk / Musnah) Rawat Tidak Tidak Buka Bungkusan Patuh Ya Sampel Patuh Ya Pelepasan - 10% dibuka secara rambang - Spesis / kuarantin - Borang penerimaan sampel - Serah ke makmal - Patuh dan telah diperiksa dan diberi pelepasan - Bayaran untuk sampel bergantung kepada jenis haiwan (cth RM2.00 utk seekor) - Sijil Pelesenan (RM20.00) Rajah 2 Carta alir proses pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal dan persampelan mengikut garis panduan Maqis Penubuhan Maqis juga dianggap sebagai mengambil alih peranan pihak-pihak dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam proses pemeriksaan dan persampelan terhadap produk dan barangan yang akan dieksport / diimport. Kebanyakan maklumat yang diajukan oleh pelanggan kepada pihak Maqis kurang mendapat maklum balas, sering tertangguh dan pegawai yang bertugas kurang yakin dengan maklumat yang ada. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan mahupun agen yang berurusan dengan pihak Maqis. Peranan Maqis KAJIAN LITERATUR Maqis merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda melancarkan proses import atau eksport khususnya dalam produk makanan, ternakan, perikanan, tumbuhan dan haiwan melalui pemeriksaan dokumen, fizikal dan persampelan 49

6 untuk memastikan kualiti produk terkawal sebelum sampai kepada pengguna terakhir. Menurut Ho & Vu (2014), Malaysia dan Thailand merupakan negara contoh oleh kebanyakan negara Asean lain seperti Vietnam dalam amalan pengurusan yang baik dan pematuhan korporat dalam Technical Barriers to Trade (TBT) dan Sanitary and Phytosanitary (SPS) khusus kepada pengimportan industri pertanian. Merujuk kepada tujuan penubuhan Maqis adalah seperti berikut: Untuk memastikan industri pertanian Negara bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar terhadap tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan dan keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin. Untuk membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui perkhidmatan yang bersepadu; dan Untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan bersepadu. Merujuk kepada Seksyen 11 Akta Maqis, telah menggariskan komoditi yang dikenakan permit adalah seperti berikut: i. Binatang dan produk binatang import/eksport, ikan dan produk ikan import/eksport, tumbuhan dan produk tumbuhan eksport. ii. Bagi komoditi kawalan, permit diluluskan berdasarkan kebenaran daripada Jawatan Kuasa Tadbir Permit dan Lesen. iii. Syarat import ditentukan oleh Jabatan dasar (Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, FAMA dan LKIM) Semua komoditi ini diberi tempoh sah permit selama 30 hari atau 60 hari atau 90 hari. Maqis juga merujuk kepada Akta 728 berkaitan dengan peraturan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan seperti berikut:- i. Pendaftaran Pengimport, Pengeksport dan Ejen P.U.(A) 112 ii. Pengeluran Permit, Lesen dan Peraturan P.U.(A) 113 iii. Tatacara Kuarantin P.U.(A) 114 iv. Fi dan Caj P.U.(A) 115 v. Kuarantin dan Pemeriksaan P.U.(A) 116 vi. Syarat-syarat import/eksport dari Jabatan Dasar. vii. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 viii. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012 ix. SOP yang berkaitan Peranan Maqis di pintu masuk sempadan antara Malaysia Thailand khususnya Rantau Panjang adalah: - i. Pengeluaran Permit Import/Eksport. 50

7 ii. Menahan Konsainan. iii. Pemeriksaan Dokumen. (Permit Import/Export) iv. Pemeriksaan Fizikal. v. Pemeriksaan Bagasi Penumpang. vi. Pemeriksaan Pengangkut. vii. Pemeriksaan Mel dan Kiriman viii. Pemeriksaan Transit ix. Pengambilan Sampel dan Menghantar Sampel untuk Ujian dan Analisa Makmal (PEQ). x. Pengawasan Keatas Tindakan Rawatan. xi. Pengawasan Tindakan Pemusnahan. Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686) Kesinambungan daripada peranan Maqis, Malaysia telah menggubal mekanisma kawalan berbentuk perundangan melalui Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam (Akta 686) yang berkuatkuasa mulai 28 Disember 2009 rentetan daripada konvensyen yang dikuatkuasakan ke atas Malaysia bermula pada 18 Januari Akta ini digubal untuk mengawal pihak pengimport dan pengeksport daripada melakukan kesalahan yang boleh disabitkan dengan pemerdagangan spesis terancam. Menurut akta ini, jika disabitkan kesalahan orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Pihak berkuasa Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) telah ditubuhkan untuk memantau penyeludupan binatang liar atau spesis terancam yang diwakili oleh 175 kontrak dari seluruh negara. Pelaksanaa akta ini amat bergantung kepada peranan staf Maqis tentang kesedaran penggunaan CITES. Menurut Mulualem et al., (2017), kajian yang dibuat ke atas kakitangan pentadbiran pusat pemeriksaan, menunjukkan bahawa garis panduan CITES amat diperlukan oleh kakitangan dalam memantau pemerdagangan spesis terancam mereka walaupun kadar penggunaan sebanyak 66.7%. Justeru menjadi peranan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran staf Maqis untuk memastikan staf menggunakan sepenuhnya rujukan CITES dalam menjalankan tugas. Menurut kajian Challender (2015), terdapat beberapa intervensi yang perlu dilakukan dalam memperkasakan pelaksanaan CITES iaitu: i. Faktor yang melemahkan urus tadbir perdagangan hidupan liar diperingkat kebangsaan ii. Menentukan kemampanan kadar penuaian untuk pengurusan penyesuaian spesis CITES, iii. Memperoleh pembelian dalam komuniti negeri untuk pelaksanaan CITES, iv. Campur tangan pasaran berasaskan penawaran dan permintaan, v. Cara menentukan perdagangan haram; dan vi. Peranan politik dan pengaruh dalam CITES 51

8 Negara kita telah mengeluarkan garis panduan berkenaan peranan pihak berkuasa pengurusan mengikut spesis dan kawasan yang ditetapkan (rujuk rajah 3). Manakala rajah 4 menunjukkan prosedur pemeriksaan import oleh Maqis. Rajah 3 Jadual Pihak Berkuasa CITES (Sumber: Maqis 2017) 52

9 Rajah 4 Prosedur Pemeriksaan Import Peranan Kastam Syarikat DLSB merupakan agen berlesen kepada pihak Kastam dalam menyediakan perkhidmatan penyediaan dokumen kastam yang perlu dipatuhi mengikut Akta Kastam Menurut Mirza (2016) kebanyakan agen Kastam telah menguatkuasakan amalan pematuhan supaya ejen Kastam membayar duti import dan cukai yang sewajarnya serta perlu mengikut sekatan dan pematuhan yang telah digariskan oleh Kastam. Pihak Kastam juga perlu mengeluarkan satu standard professional untuk rujukan ejen Kastam yang terdapat di Malaysia (Mirza, 2016). Mengikut panduan pengimportan barangan melalui laut, udara dan darat adalah menggunakan Borang Kastam No. 1, samada mengikrar sendiri atau melalui agen penghantaran yang dibenarkan di bawah Seksyen 90 Akta Kastam 1967, berserta dengan dokumen-dokumen sokongan. Pengikraran boleh dibuat menggunakan kemudahan Kedai EDI atau melalui sistem Antaramuka SMK-DagangNet (SMK-DagangNet interface). Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport melalui laut dan udara pengikraran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan barang menurut keperluan Seksyen 78(1) Akta Kastam Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport melalui darat hendaklah diikrar dan dijelaskan duti/cukai semasa ketibaan. Duti/cukai hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas hari selepas diluluskan oleh Kastam. Sekiranya pengikraran tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai kastam yang hak boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pengimport samaada dengan sendiri atau melalui agennya supaya menyerahkan akuan pengimportan dalam tempoh tiga hari dari penerimaan notis itu. Sekirannya pengakuan import gagal dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, Pegawai Kastam yang hak boleh menyita barangan menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 114 Akta Kastam 1967, dan melucut hak 53

10 menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 126 Akta Kastam 1967, dan boleh dilelong menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 128 Akta Kastam 1967, untuk mendapatkan jumlah duti/cukai yang terlibat. Bab yang berikutnya menerangkan kaedah metodologi yang digunakan sepanjang kajian kes ini melalui teknik temubual. KAEDAH METODOLOGI Kajian kes adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan teknik mengutip data deskriptif melalui temu bual (Merriam & Tisdell, 2016). Penggunaan teknik temu bual membolehkan penyelidik mengumpul pendapat, pemikiran, pandangan dan pengalaman dalam bentuk pernyataan langsung daripada responden kajian. Kajian ini memilih temu bual semi berstruktur sebagai cara mendapatkan data kerana ia lebih sistematik dan terarah. Menurut Merriam & Tisdell (2016), teknik temu bual merupakan cara yang cepat untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat, sama ada menggunakan teknik secara bersua muka, melalui telefon, dalam talian atau campuran ketiga-tiga teknik. Pengutipan dan pengumpulan maklumat juga dibuat melalui rujukan dokumen Kastam dan e-permit yang digunakan oleh DLSB dalam proses import eksport. Dokumen ini akan memperkukuhkan lagi data-data yang diperolehi dalam sesi temu bual. Kajian kes ini menggunakan teknik temu bual dan bukti dokumen untuk dijadikan sebagai kaedah metodologi. Temu bual telah dibuat bersama pihak pengurusan DLSB iaitu En. Azlan bin Abdullah (Pengurus Pentadbiran & Kewangan). Rajah 5 menunjukkan carta alir pelaksanaan kajian kes ini. Mula Pengumpulan bahan dan kajian literatur Penyediaan Protokol Temubual Sesi Temubual Dapatan dan Perbincangan Cadangan Tamat Rajah 5 Carta alir pelaksanaan kajian kes 54

11 Protokol temubual Soalan temubual adalah berdasarkan kepada aspek seperti berikut: i. Peranan DLSB Apakah peranan syarikat DLSB dalam membantu pelanggan dalam aspek import dan eskport? ii. Peranan MAQIS Terangkan peranan Maqis dalam membantu syarikat sebagai pemudahcara pelanggan dalam urusan import dan eskport. iii. Permasalahan Pelanggan Apakah masalah utama yang dihadapi oleh pelanggan apabila berurusan dengan Maqis? iv. Cadangan Penambahbaikan Berikan cadangan untuk penambahbaikan kepada pelaksanaan sistem kerja di Maqis. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan daripada temubual yang telah dijalankan menunjukkan aspek-aspek berikut yang diberi perhatian adalah seperti peranan syarikat DLSB, peranan Maqis, permasalahan pelanggan dan cadangan penambahbaikan. Peranan DLSB Syarikat DLSB berperanan sebagai agen perkhidmatan yang memudahcarakan pelanggan dalam melancarkan import eksport barangan khususnya antara Malaysia dan Thailand. Semenjak DLSB ditubuhkan hampir 17 tahun, syarikat ini mampu bertahan dengan memberi khidmat agen freight dan forwarding berbentuk Door to Door untuk pelanggan seperti import produk dari Thailand seperti buku-buku agama dan Al-Quran, kosmetik, ikan, dan juga eksport kayu gergaji. DLSB juga menguruskan dokumen kastam melalui e-declare dan juga e-permit untuk urusan Maqis (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia). DLSB juga menjalankan perkhidmatan seperti seafreight (Pelabuhan Klang) dan juga airfreight (KLIA) mengikut kepada permintaan pelanggan. Namun kedua-dua jenis ini bergantung kepada kos dan kesesuaian produk. Pihak DLSB akan memberi cadangan yang sesuai dengan jenis produk dan kos yang sanggup dibayar oleh pelanggan. DLSB juga menjalankan perkhidmatan sewa lori dan peralatan untuk keperluan pelanggan dalam proses import dan eskport. 55

12 Peranan Maqis Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2 nd CTOM Maqis merupakan jabatan yang mengumpul agensi-agensi dan kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Vateriner, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Farmasi. Kesemua jabatan ini membantu melancarkan peranan Maqis dalam meningkatkan kualiti dan pematuhan kepada import / eskport produk. Aktiviti yang dijalankan oleh Maqis adalah seperti pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal produk / haiwan / tumbuhan serta membuat persampelan. Maqis telah mengeluarkan kadar yuran pengeluaran permit, caj dan fee haiwam serta caj kuarantin kepada agen-agen freight dan forwarding untuk memudahkan proses permohonan import eskport. Proses pemeriksaan dokumen dilakukan dengan menyemak dokumen seperti invois, sijil kesihatan, K1, CITES dan SKP1. Setelah selesai proses pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal akan dijalankan oleh Maqis dengan memilih 10% dari produk yang diimport / eskport untuk diperiksa. Setelah selesai proses pemeriksaan, proses persampelan akan dibuat sekiranya produk tersebut berbentuk perikanan dan makanan. Proses persampelan memerlukan masa sebelum sijil pelesenan dikeluarkan. Setelah selesai proses persampelan, maka produk berkenaan boleh diberi pelepasan dan sedia untuk diimport / eskport kepada pelanggan. Justeru peranan Maqis amat penting untuk membantu memudahcara proses kerja di DLSB sebelum memasukkan data dalam e-declare (Sistem Kastam) untuk proses seterusnya untuk import dan eksport. Permasalahan pelanggan Masalah yang dihadapi apabila berurusan dengan Maqis adalah dari segi kadar dan yuran yang dikenakan adalah pelbagai sehingga pihak agen sukar untuk mengenalpasti caj berkenaan. Penetapan kadar dan caj adalah dikeluarkan oleh pihak Maqis namun kebanyakan pelanggan tidak mengambiltahu berkenaan kadar dan caj. Pihak pelanggan hanya menyerahkan urusan kepada pihak agen untuk menyelesaikan proses import / eksport. Namun hakikatnya terdapat banyak kos, kadar dan yuran yang perlu ditanggung oleh pelanggan. Pihak Maqis juga mengenakan caj tambahan ke atas barangan yang mengalami masalah dalam proses persampelan dan caj ini bergantung kepada kos sepanjang proses persampelan dibuat. Penubuhan Maqis juga dianggap sebagai mengambil alih peranan pihak-pihak dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam proses pemeriksaan dan persampelan terhadap produk dan barangan yang akan dieksport / diimport. Kebanyakan maklumat yang diajukan kepada pihak Maqis kurang mendapat maklum balas. Terdapat juga maklumat yang ditanya disambungkan kepada pihak agensi lain. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan mahupun agen yang berurusan. Cadangan penambahbaikan Pihak Maqis perlu menyelaraskan proses kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia 56

13 khususnya yang berurusan dengan import / eksport produk dari Thailand. Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau fee yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Ini mampu membantu agen dan juga pelanggan dalam membuat anggaran kos sebelum meneruskan proses import atau eksport. Peranan pihak agen freight dan forwarding untuk menyediakan maklumat lengkap berkenaan dengan urusan bersama Maqis dan memastikan info terkini diselaraskan dari masa ke semasa. Secara keseluruhannya bahagian ini telah membincangkan dapatan daripada sesi temubual dengan seorang pengurus DLSB berkenaan aspek seperti peranan syarikat, Maqis, permasalahan pelanggan dan juga cadangan penambahbaikan ke arah yang lebih baik dalam pengurusan import / eskport. Bahagian yang terakhir membincangkan cadangan yang sesuai untuk meningkatkan peranan Maqis sebagai jabatan yang melancarkan proses import / eksport barangan dan peranan DLSB sebagai agen freight dan forwarding atau pemudahcara. CADANGAN DAN KESIMPULAN Kajian kes ini mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan pada masa hadapan. Antaranya ialah pihak DLSB merupakan agen dan konsultan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pengimportan / pengeksportan barangan ke luar negara. Pihak agen memerlukan info terkini yang berkaitan dengan proses import / eskport melalui Maqis dari masa ke semasa. Pihak Maqis perlu menyelaraskan proses kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia khususnya yang berurusan dengan import / eksport produk dari Thailand. Peranan Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau fee yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Ini mampu membantu agen dan juga pelanggan dalam membuat anggaran kos sebelum meneruskan proses import atau eksport dan juga mengelak daripada berlaku penangguhan dan kelewatan proses berkenaan. Untuk melancarkan proses import / eksport, pihak pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek maklumat pendaftaran dan kadar bayaran contohnya untuk mengeksport lembu dan haiwan ternakan perlu merujuk kepada Kementerian Pertanian & Asas Tani (Jabatan Veteriner) dan Kementerian Kesihatan. Apabila dokumen dan maklumat sudah diperolehi, ini akan memudahkan pihak agen meneruskan proses pendaftaran dengan pihak Kastam dan pihak MAQIS. Secara keseluruhannya peranan agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia adalah amat penting dalam melancarkan proses pengimportan / pengeksportan barangan ke luar negara. Agen merupakan konsultan yang membantu Maqis untuk menjadi pemudahcara kepada pelanggan melaksanakan proses import / eskport. Melalui kajian kes ini dapat memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan peranan Maqis dan juga agen dalam membantu meningkatkan kualiti kerja khususnya proses pengimportan / 57

14 pengeksportan. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan cadangan ke arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen freight dan forwarding.untuk kajian yang akan datang perlu untuk melihat aspek keberkesanan proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat Maqis dari aspek kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan. RUJUKAN Challender, D.W.S., Harrop, S.R. & MacMillan, D.C. (2015). Towards informed and multi-faceted wildlife trade interventions. Global Ecology and Conservation, 3, Ho, N.T. & Vu, N.K. (2014). Improving the compliance of Vietnamese export with importing WTO member SPS/TBT measures: Learning experiences from Malaysia and Thailand. Global Trade and Customs Journal, 9(4) Merriam, S.B & Tisdell, E.J. (2016). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation (4 th Edition). Jossey-Bass Publishers, San Francisco. Mirza, M. (2016). Import tax compliance: a study of customs agents in Malaysia utilising the theory of planned behaviour. PhD thesis, University of Nottingham. Retrieved from website: nce_thesis_mirza.pdf. Mulualem, G., Mesfin, M., Alene, N., Nigussie, H., Tesfahunegny, W. & Yirga, G. (2017). Knowledge, attitude and practice of custom staffs on illicit wildlife trafficking in four checkpoints of Northeastern Ethiopia. 12(4) Norhafizah, S. & Norshamliza, C. (2016). Agricultural policies effect on livestock industry perspectives from Malaysia and New Zealand. International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation, 2,