PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA LEMBARAN AMALI

Size: px
Start display at page:

Download "PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA LEMBARAN AMALI"

Transcription

1 Pusat Pengajian Diploma m/s 1 / 6 PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA ASAS ANALISIS DAN REKA BENTUK SISTEM LEMBARAN AMALI Kod Kursus DAT Tajuk Amali Membina Carta Gantt Menggunakan Microsoft Bilangan Amali 2

2 Pusat Pengajian Diploma m/s 2 / 6 MATLAMAT: Untuk menghasilkan sebuah carta Gantt pembangunan sistem maklumat dengan menggunakan perisian MS. 1.0 SENARAI PERALATAN/PERISIAN: 1. Komputer peribadi 2. MS 2.0 OBJEKTIF Di akhir amali ini, pelajar akan dapat: 1. Menggunakan peralatan (tools) yang terdapat dalam MS untuk menghasilkan carta Gantt projek pembangunan sistem maklumat. 3.0 TEORI Carta Gantt merupakan perwakilan grafik dalam sebuah projek yang menunjukkan setiap tugas sebagai jalur mendatar, yang mana panjang jalur mendatar adalah bersamaan dengan masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti yang telah ditetapkan. Carta Gantt juga dikenali sebagai carta bar dimana setiap aktiviti projek akan ditunjukkan bersama tempoh masa perjalanannya. Carta Gantt digunakan kerana ia dapat membantu pengurus mengenalpasti :- i. semua aktiviti yang telah dirancang. ii. pelaksanaan aktiviti pekerjaan yang ditunjukkan iii. anggaran masa untuk aktiviti-aktiviti direkodkan iv. jangkamasa keseluruhan projek dilaksanakan Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan carta Gantt iaitu Microsoft Project dan Primavera. Microsoft tidak menyediakan kemudahan untuk menghasilkan carta Gantt. Walaubagaimanapun, carta Gantt boleh dihasilkan menggunakan MS melalui kemudahan menghasilkan carta bar seperti yang akan dijalankan dalam Amali 1 ini. Rajah 1 menunjukkan carta Gantt yang telah dibina menggunakan MS.

3 Pusat Pengajian Diploma m/s 3 / 6 Carta Gantt Pembangunan Sistem Maklumat 01-May Jun Aug Sep Nov Jan Feb Apr Jun Jul-14 Membuat Kajian Kesauran Membentuk model 90 hari 90 hari Merekabentuk sistem 60 hari Menyediakan Papan Cerita 60 hari Membina aturcara 120 hari Menilai Sistem 60 hari Menulis Laporan 90 hari Rajah 1: Carta Gantt menggunakan MS 1. PROSEDUR: 1. Mulakan dengan buku kerja yang baru dan masukkan data task, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Lajur A mengandungi diskripsi task; lajur B tarikh mula task; lajur C bilangan hari untuk menyelesaikan task. Lajur D mengandungi formula untuk menentukan tarikh tamat task (D4=B4+C4). Rajah 2: Task Projek

4 Pusat Pengajian Diploma m/s 4 / 6 2. Hasilkan carta bar stack. Klik tab Insert > pilih butang Bar pada riben Charts > pilih 2-D Stacked Bar Chart. 3. Sebuah carta kosong akan dipaparkan di atas lembaran kerja anda. Untuk memilih data, klik kanan di mana-mana bahagian carta yang kosong, kemudian klik Select Data. Kotak dialog Select Data akan dipaparkan seperti dalam Rajah Di bawah seksyen Legend Entries (Series), klik Add button. Kotak dialog Edit Series akan dibuka. Siri yang pertama perlu ditambah adalah label yang mengandungi tarikh mula. Di bawah Series Name, pilih sel B3. Di bawah Series Values, pilih sel-sel B4:B13, sel-sel yang mengandungi pelbagai tarikh mula. Klik OK. Rajah 3: Kotak Dialog Select Data Source 5. Satu lagi siri diperlukan; oleh itu klik butang Add. Siri ini adalah tempoh masa. Apabila kotak dialog Edit Series dibuka, pilih sel C3 untuk Series Name, kemudian pilih C4:C13 untuk Series Values. 6. Edit label dengan memilih butang Edit di bawah kategori Horizontal. 7. Kotak dialog Axis Label dibuka. Pilih sel A4:A13, bagi pelbagai nama task. Klik OK. Klik OK sekali lagi untuk menutup kotak dialog Select Data Source. 8. Padamkan legend carta dengan memilih dan menekan butang Delete kerana ia tidak diperlukan dalam Carta Gantt. 9. Oleh kerana kita tidak mahu memaparkan siri data Start pilih siri tersebut (berwarna biru dalam mod default) dengan mengklik di atas sebarang data, klik kanan dan pilih Format Data Series. Kotak dialog Format Data Series akan dibuka. Pilih tab Fill di sebelah kiri dan pilih No Fill. Kemudian pilih tab Border Color dan pilih No Line.

5 Pusat Pengajian Diploma m/s 5 / 6 Klik Close. Tarikh mula akan dihilangkan tetapi tempoh masa masih dipaparkan (Rajah 4). Rajah 4: Carta Gantt dengan Tempoh Masa 10. Seterusnya, kita perlu menyongsangkan susunan label pada paksi-y. Klik kanan pada label dan kemudiannya pilih Format Axis. Di bawah tab Options, klik Categories in reverse order. Klik Close. Rajah anda akan kelihatan seperti Rajah Klik kanan pada sebarang tarikh di atas carta, kemudian pilih Format Axis. Dengan menggunakan tab Axis Options, pilih Fixed for the Minimum, dan taipkan (nilai numerik bagi 01/03/2013) dan taipkan pada Fixed for the Maximum. Carta Gantt anda akan kelihatan seperti dalam Rajah 5. Rajah 5: Carta Gantt

6 Pusat Pengajian Diploma m/s 6 / LATIHAN: 1. Hasilkan sebuah carta Gantt bagi aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Tahun Aktiviti \ Bulan Membuat Kajian Kesauran Membentuk model Merekabentuk sistem Menyediakan Papan Cerita Membina aturcara Menilai Sistem Menulis Laporan Rajah 6