UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN PEMBUATAN KERTAS KERJA UNTUK MAKLUMAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) LAPORAN PENYERTAAN PENYELIDIK UniMAP KE PAMERAN BRUSSELS INNOVA ENERGY (EUREKA) PADA 22-25 NOVEMBER 2007 DI BRUSSELS, BELGIUM 1.0 TUJUAN Tujuan laporan ini adalah untuk memaklumkan berkenaan hasil pertandingan penyelidik UniMAP ke pameran Brussels Innova Energy (EUREKA) edisi yang ke 56 di Brussels Belgium mulai 22 hingga 25 November 2007. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Universiti Malaysia Perlis telah menghantar delegasi terdiri daripada satu (1) orang pensyarah dari PPK Pembuatan iaitu: Encik Mohamad Shaiful Ashrul Ishak ke Pameran Brussels Innova Energy (EUREKA) yang diadakan di Dewan 1, Pusat Expo Brussels, Hazels dari 22 hingga 25 November 2007. 2.2 Pameran ini adalah anjuran The Belgian & International Trade Fair For Technological Innovation. Penyertaan pameran ini terdiri daripada 19 buah negara antaranya seperti Belgium, Perancis, Sepanyol, Poland, Romania, Russia, Ukraine dan Malaysia. 2.3 Penyertaan Malaysia untuk pameran ini adalah terdiri daripada hampir 80 produk daripada sembilan (9) buah IPTA, satu (1) IPTS dan satu (1) buah institusi penyelidikan. IPTA yang terlibat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Perlis UniMAP) sementara itu IPTS-Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi penyelidikan-mardi. 2.4 Semua produk yang dipertandingkan didaftarkan di dalam pelbagai kategori seperti di bawah dan satu (1) produk boleh didaftarkan lebih dari satu kategori: 1
Agronomic and food industry Anti-pollution Aviation industry Body care - cosmetology Building Car industry road Chemical industrial Electricity - Electronics Energy Environment Games - Sport - Culture - Leisure Didactic procedures General mechanics Heating Home crafts Home improvement Industrial equipment Lifting Medical sciences Health Metallurgy Office material - Informatics Packaging - Storage Packing devices Plumbing Radio - TV - Telecommunications - Photography Safety Sea, ground, air transport Security Protection - Rescue Textile and clothing industry. 2.5 Pada 22 hingga 23 November proses penilaian oleh juri diadakan dan pada 24 hingga 25 dibuka kepada umum. Setiap produk yang dipertandingkan akan dinilai oleh juri yang terdiri dari 3-5 orang. Kehadiran juri adalah secara individu dan bebas. Beberapa aspek yang dinilai oleh juri adalah seperti berikut: i. Apakah kelebihan produk itu berbanding yang terdapat di pasaran? ii. Adakah produk tersebut memberi impak yang besar terhadap masyarakat? iii. Adakah produk telah dikomersilkan? iv. Adakah produk itu boleh dipasarkan di benua Eropah? 3.0 KEPUTUSAN PAMERAN 3.1 Keputusan pameran diumumkan dalam dua (2) majlis yang berbeza. Pada petang 24 November, diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang anugerah khas dan penyertaan dari Belgium. Sementara pada petang 25 November diadakan pula majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang dari negara-negara lain dan dibuat secara berasingan mengikut negara. Senarai pungutan pingat bagi kontigen Malaysia adalah seperti berikut: BIL NAMA PINGAT & ANUGERAH* 1. UniMAP 1G, 0S, 0B, 0SP (1/1) 2. UM 5G, 2S, 2B, 1SP (9/11) 3. UKM 4G, 3S, 5B, 1SP (12/12) 4. UPM 6G, 2S, 0B, 1SP (8/6) 5. USM 3G, 4S, 0B, 1SP (7/7) 6. UiTM 4G, 4S, 3B, 0SP (11/12) 7. UIA 4G, 6S, 2B, 0SP (12/15) 8. UTM 2G, 4S, 0B, 1SP (6/6) 9. UPNM 1G, 0S, 0B, 0SP(1/1) 2
BIL NAMA PINGAT & ANUGERAH 10. UTP 4G, 4S, 0B, 0SP (8/8) 11. MARDI 2G, 0S, 0B, 0SP (2/2) * G emas, S perak, B gangsa, SP anugerah khas. (sumber Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM) 3.2 Terdapat produk yang memenangi lebih daripada satu (1) pingat kerana mendaftar lebih daripada satu (1) kategori. 4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Beberapa cadangan penambahbaikan bagi penyediaan produk dan penyelidik telah dikenalpasti seperti berikut: 5.0 HAL-HAL LAIN i. Penyediaan poster dan broshure selain dalam bahasa Inggeris. ii. Penyediaan status paten (sama ada peringkat patern search, patern filing atau patern approve) iii. Penyediaan model, mock-up atau prototype yang lengkap dan kemas bagi produk dan disertakan dengan rakaman video dalam bahasa inggeris dan bahasa lain bagi memudahkan juri memahami perihal produk. iv. Surat sokongan dari industri berstatus multinasional. v. Memahami tema pameran dan menyediakan produk selari dengan tema pameran (cth. EUREKA bertemakan energy). vi. Cenderamata yang mencukupi. Gambar-gambar berkaitan pameran adalah seperti di Lampiran 1. 6.0 PENUTUP Secara umumnya, pameran Brussels Innova Energy (EUREKA) yang disertai oleh UniMAP di telah mencapai matlamat seperti yang diharapkan dan semoga UniMAP akan terus berjaya lagi di masa hadapan. Disediakan oleh Mohamad Shaiful Ashrul Ishak PPK Pembuatan Universiti Malaysia Perlis 3
LAMPIRAN 1 Semasa ketibaan di Lapangan Terbang Di hadapan dewan pameran 4
Booth pameran Bersama dengan Ketua Juri 5