Tandatangan Nama penyelia 2

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PENYUMBERAN LUAR BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM PEMASARAN MENGGUNAKAN KONSEP ADAPTIVE MARKETING SOFFRI BIN YUSSOF

TUGAS-TUGAS UTAMA PENGURUSAN HARTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN INBANATHAN KUMARASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELAKUAN SAMBUNGAN SAMBAT BERSAMA BAR PILIN DAN BAR MEMANJANG DALAM DINDING KONKRIT PRATUANG SHUHAIMI BIN SHAEDON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IJAZAH SARJANA SAINS UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SISTEM KEBAL BUATAN TERHADAP PEMANTAUAN KETIDAKNORMALAN PESAKIT DALAM WAKTU NYATA (SATU KES KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI RFID)

FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR SESI 2013

PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA LEMBARAN AMALI

HUMAN VALUES IDENTIFICATION AND ASSESSMENT TOOL DEVELOPMENT FOR TQM CONTEXT MUHAMMAD NOMAN MALIK. A thesis submitted in fulfilment of the

SUPERVISOR DECLARATION. Bachelor of Mechanical Engineering (Thermal-Fluids) Signature:... Supervisor: Date:...

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

IBG 311 ENZYME TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ENZIM]

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

ENHANCING GENETIC ALGORITHMS BASED SOLUTIONS FOR MULTI SOURCE FLEXIBLE MULTISTAGE LOGISTICS NETWORK MODELS

FLOOD DAMAGE ASSESSMENT MODEL USING COST-BENEFIT ANALYSIS NOR AZLIZA BINTI AKBAR

KESANGGUPAN MEMBAYAR [WILLINGNESS TO PAY] OLEH PENGUNJUNG TERHADAP HUTAN BANDAR DI DAERAH JOHOR BAHRU

(4 the undersigned, certib that)

UNIFIED CONSTITUTIVE MODELS FOR DEFORMATION OF THIN-WALLED STRUCTURES SITI SYALEIZA BINTI ARSAD

OPTIMIZATION OF A MULTI-OBJECTIVE-MULTI-PERIOD TRAVELING SALESMAN PROBLEM WITH PICKUP AND DELIVERY USING GENETIC ALGORITHM SEYED POURYA POURHEJAZY

MINIMIZING CONFLICTS DURING CONSTRUCTION STAGE BY USING BUILDING INFORMATION MODELING MOHD FAIZ BIN SHAPIAI

Manufacturing Process Selection for Circular Blade Using Analytical Hierarchy Process

KEBERKESANAN PENGURUSAN PERUBAHAN DI AGENSI AWAM: PERSEPSI WARGAKERJA TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN

PARASITIC MOMENT EFFECT FOR THE THREE SPANS CONTINUOUS PRESTRESSED CONCRETE BRIDGE SITI SARAH SALIM

PENGAKTIFAN PENDAFTARAN KE SISTEM E-PROCUREMENT ARIBA

PERCEIVED SERVICE QUALITY VS CUSTOMER EXPECTATION IN MOTORCYCLE SHOP AIDA KHOSHRAFTAR NOURI

BUILDING PERFORMANCE ASSESSMENT IN TERMS OF ENERGY CONSUMPTION USING BUILDING INFORMATION MODELING MOJTABA VALINEJAD SHOUBI

PROPERTIES OF ASPHALTIC CONCRETE AC14 CONTAINING COCONUT SHELL AS COARSE AGGREGATE SITI NUR AMIERA BINTI JEFFRY

A MASTER PLAN FOR THE IMPLEMENTATION OF SUSTAINABLE ENTERPRISE RESOURCE PLANNING SYSTEM ABDOULMOHAMMAD GHOLAMZADEH CHOFREH

A NOVEL HYBRID GREY-INTERVAL TYPE-2 FUZZY LOGIC SYSTEM : FORECASTING OF CO 2 EMISSIONS

MSG 228 Introduction to Modelling [Pengenalan Pemodelan]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEASURING EFFICIENCY OF A MALAYSIAN HOTEL CHAIN USING DATA ENVELOPMENT ANALYSIS

BEST ENDEAVOURS FOR GRANTING AN EXTENSION OF TIME IN CONSTRUCTION CONTRACT NUR FARAH FARHANA BINTI RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTIONS: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

ESTIMATING THE ENVIRONMENTAL IMPACTS OF CARBON EMISSIONS FROM FUEL CONSUMPTION DURING CONSTRUCTION ACTIVITIES PEZHMAN SHAHID

AVAILABLE TRANSFER CAPABILITY BASED ON RANDOMLY GENERATED PROBABILISTIC DISTRIBUTION FUNCTION OF WIND SPEED USING MONTE CARLO SIMULATION

I hereby declare that I have read this capstone project report and in my opinion this capstone project report is sufficient in terms of scope and

CORPORATE GOVERNANCE REPORTING, CAMEL FRAMEWORK AND BANK PERFORMANCE SITI NURAIN MUHMAD DOCTOR OF PHILOSOPHY UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

A STUDY ON ULTRASONIC WAVE TO ESTIMATE MANGO MATURITY STAGE AINI HAZWANI BINTI MOHD ZELAN

RECOVERY OF HEAD OFFICE OVERHEADS DUE TO PROLONGATION OF TIME RAMLI BIN ISMAIL

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

SCHEDULING SOFTWARE AS A TOOL FOR MONITORING AND CONTROLLING JKR PROJECT ZAINAL ABIDIN BIN SIN

PENGESAHAN PENYELIA. Tarikh : 24 JUNE 2013

CC607: WATER & WASTE WATER ENGINEERING

BERASAS KOMPUTER. Oleh Mohamad Rodzizan b. Hj. Ahmad Tajuddin. 0 MOHAMAD RODZIZAN TAJUDDIN, Hak Cipta Terpelihara.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EUP 301/3 Engineering Management [Pengurusan Kejuruteraan]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

STRUCTURAL PERFORMANCE OF ASPHALT BLOCKS PAVEMENT AS RELATED TO THICKNESS, BINDER TYPES, AND JOINT WIDTH AHMED SALAMA ELTWATI

OPTIMUM UTILIZATION OF QUARRY DUST AS PARTIAL REPLACEMENT OF SAND IN GREEN CONCRETE

WORKPLACE LEARNING AND COMPETENCE ACQUISITION: A SINGLE CASE STUDY OF GITN SDN BERHAD SALES TEAM

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGANGKUTAN LESTARI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

SIMULATION ANALYSIS OF AN IMPROVED DESIGN FOR TEMPORARY CRASH BARRIER USING PLASTIC RECYCLE MATERIAL SYAHRUL NIZAM BIN KAMAR ZAMAN

ANTECEDENTS OF CUSTOMER SATISFACTION IN MOBILE COMMERCE CONTEXT AZIN TAHA

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CUSTOMER TRUST ON INTERNET BANKING ADOPTION SHIDROKH GOUDARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF A FUZZY LOSS-BASED PROCESS CAPABILITY INDEX

Part 1: PERSONAL INFORMATION (MAKLUMAT DIRI) 3. Salary/ Gaji : a RM b RM c RM d RM and above/ ke atas

ABSTRAK. Kerjaya sebagai Pengawal Kawalan Trafik Udara (adalah merupakan satu kerjaya yang

E-GOVERNMENT SERVICE SECURITY MODEL FOR NUSAJAYA ICT CENTRE. Jama Mohamed Jama UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYAHIDAH HANIYAH BINTI MOHAMMAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAA 483/2 Construction Management [Pengurusan Binaan]

TYRE TRADING MANAGEMENT SYSTEM KHOR SHUIN CHIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

RISK LEVELS ASSOCIATED WITH WIND GENERATION PENETRATION USING MONTE CARLO SIMULATIONS MOHD DZULHAFIZI B HAJI MOHD USMAN

IDENTIFICATION OF PUBLIC PLACE ATTRIBUTES USING MEAN-END CHAIN RESEARCH MODEL BENTALHODA FOOLADIVANDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGING GREENNESS IN FIRM MARKETING TO ENHANCE BUSINESS PERFORMANCE CHONG KAH JUAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PIVOTAL FACTORS INFLUENCING THE PERFORMANCE OF CONSTRUCTION PROJECTS IN MOGADISHU CITY, SOMALIA ABDI AZIZ AHMED ABTIDON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE RELATIONSHIP BETWEEN JOB SATISFACTION AND EMPLOYEE LOYALTY IN THE MANUFACTURING INDUSTRY OF CHINA SHI HE

AN EFFICIENT MICROCONTROLLER-BASED ELECTRONIC BALLAST FOR HIGH PRESSURE SODIUM LAMPS USED IN STREET LIGHTING MOHD HAMIZAN BIN OMAR

BEHAVIOUR OF EXPANDED PILES IN CLAY UNDER UPLIFT AND COMPRESSIVE LOADING PAYMAN ALIMOHAMMADI

(Kertas ini mengandungi 6 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 5 printed pages)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CHANGE DETECTION IN MANGROVE FOREST AREA USING LOCAL MUTUAL INFORMATION

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

PERHUBUNGAN DI ANTARA IMEJ KEDAI DENGAN KEPUASAN, PERAKUAN, DAN KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP RANGKAIAN PERUNCIT: SATU KAJIAN EMPIRIKAL

NAFAM PROCEEDING SUMMARY SESSION C 2009 PRESENTATION 4: VALUE FOR MONEY DRIVERS IN PUBLIC-PRIVATE PARTNERSHIP SCHEMES

WIND EFFECTS ON SYMMETRICAL MULTIPLE CORE WALL SYSTEM OF HIGH-RISE BUILDING HAZWANI BINTI SAMSUDIN

SIMULATION PERFORMANCE OF LOW DAMAGE BASE CONNECTION ON ABAQUS MAHDI HATAMI

STUDENT EXPECTATION AND PERCEPTION OF SERVICE QUALITY IN UTM HOSTEL. Supervisor: Assoc. Prof. Dr. Buang bin alias

DEVELOPMENT OF BRICK FROM MUD FLOOD: MECHANICAL PROPERTIES AND MORPHOLOGY CHANGES MUHAMMAD IRFAN BIN SHAHRIN

INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANG1

ANALYSIS OF PREVENTIVE MAINTENANCE FOR PROCESSING PLANT ( GASSIFICATION PROCESS UNIT )

DEVELOPMENT OF CIVIL AND STRUCTURAL CONSULTANT S PERFORMANCE EVALUATION JAYASELVI D/O R.PERIASAMY

FULL RELATIONSHIP BETWEEN E-SERVICE QUALITY, E-CUSTOMER SATISFACTION AND E-LOYALTY IN INTERNET BANKING ZOHREH BANG TAVAKOLI

AN INTEGRATED STOCHASTIC-FUZZY METHOD FOR SUPPLY CHAIN LEANNESS EVALUATION IN IRANIAN AUTOMOTIVE SMALL AND MEDIUM ENTEPRISES

COMPARISON BETWEEN CANLITE STABILIZED LATERITE AND PROBASE STABILIZED LATERITE NG TECK WEI

FLOOD DAMAGE ASSESSMENT MODEL USING COST-BENEFIT ANALYSIS NOR AZLIZA BINTI AKBAR

BUSINESS PROCESS IMPROVEMENT (BPI) IN AN ENTERPRISE COMPANY NORASIKIN BINTI SALIM. A project report submitted in partial fulfilment of the

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INFLUENCE OF EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM) IN THE COMPOSTING PROCESS OF RICE STRAW MOHD LOKMAN BIN CHE JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCE EFFICIENCY OF ANSWERING XML KEYWORD QUERY USING INCOMPACT STRUCTURE OF MCCTREE UMMU SULAIM BINTI SAZALY

COMPARISON BETWEEN BS 5950: PART 1: 2000 & EUROCODE 3 FOR THE DESIGN OF MULTI-STOREY BRACED STEEL FRAME CHAN CHEE HAN

ENERGY EFFICIENT RESIDENTIAL BUILDINGS ASSESSMENT USING BUILDING INFORMATION MODELING AMIN FAKHKHAR ZADEH

ABSTRAhr. Model Berbilang gilir Berbilang Pelayan da1an.t Teori Baris gilir digunakan untuk

SIZING OF ENERGY STORAGE BASED ON LOSS OF LOAD PROBABILITY OF STANDALONE PHOTOVOLTAIC SYSTEMS RAZMAN BIN AYOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APPLICATION FORM TO CONDUCT RESEARCH IN AYER HITAM FOREST RESERVE. Tandakan jenis permohonan : Please specify the type of application

USER RESISTANCE FACTORS IN POST ERP IMPLEMENTATION SAYEED HAIDER SALIH MAHMOUD

ABSTRAK. maklumat secara kolektif daripada pelbagai pihak tennasuk pengurusan

Introduction 5 MANUFACTURING PROCESSES (SME 2713 )

I/We declare that had read this work and from my/our opinion this work is adequate from scope and quality aspect for award of Bachelor Degree of

POTENTIAL OF SOLAR FARM DEVELOPMENT AT UTM CAMPUS FOR GENERATING GREEN ENERGY SHAHRUL NIZAM BIN MOHAMMAD

QUANTITY SURVEYOR S LIABILITY DURING PRE TENDER STAGE ASMAH ALIA BT MOHAMAD BOHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Saya/Kami* akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganuerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Tandatangan Nama penyelia 1 Tarikh : : : Tandatangan Nama penyelia 2 Tarikh : : :

PEMBAHARUAN PADA SISTEM KUNCI KERETA (PROTON WIRA) CHE ENGKU ROZIANA BINTI CHE ENKU HARUN Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal ( Automotif ) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka MEI 2008

ii Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya Tandatangan Nama Penulis Tarikh :.. :.. :..

Untuk ayah dan ibu tersayang iii

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi di atas limpah kurnianya penulis dapat menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda II dengan jayanya. Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda iaitu Encik Faizul Akmar Bin Abdul Kadir yang telah banyak membantu, memberi bimbingan dan nasihat sepanjang Projek Sarjana Muda dijalankan. Tidak lupa juga keluarga tercinta terutamanya ibu dan ayah yang telah banyak memberi semangat dan dorongan yang tidak pernah putus sepanjang membuat Projek Sarjana Muda. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih khas kepada juruteknik-juruteknik makmal automotif Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang telah banyak membantu dalam menyalurkan semua bentuk maklumat yang diperlukan dalam meyiapkan projek Sarjana Muda II. Tidak lupa juga kepada semua teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberi dorongan serta kerjasama dan mengharungi suka dan duka dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda II.

v ABSTRAK Kajian yang dilakukan ini adalah membuat pembaharuan pada sistem kunci kereta (Proton Wira). Kajian ini juga menekankan ciri-ciri keselamatan untuk sistem kunci kereta setelah kelemahan pada sistem tersebut dapat diatasi. Pembaharuan sistem kunci ini adalah untuk mengatasi masalah kecurian kereta yang semakin meningkat setiap tahun dan ianya amat membimbangkan pemilik kereta berkenaan. Mekanisme sistem kunci yang sedia ada dikaji dengan menggunakan perisian yang boleh melihat pergerakan yang berlaku dalam sistem kunci berkenaan. Kajian yang dilakukan melibatkan penggunaan perisian berbantu komputer untuk mengetahui pergerakan yang berlaku pada sistem kunci tersebut serta membuat analisis fatigue untuk mengetahui kekuatan sistem tersebut kerana sistem tersebut sentiasa bergerak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jalan penyelesaian masalah yang terdapat pada sistem kunci kereta seperti menambah komponen besi pada bahagian yang bermasalah serta membuang bahagian yang menjadi punca sistem kunci kereta boleh dibuka dengan mudah dan tidak memerlukan masa yang lama sekiranya dilakukan oleh pencuri profesional. Setelah mengetahui kelemahan yang terdapat pada sistem kunci tersebut, kaedah-kaedah penyelesaian dibincangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Komponen ditambah bagi menyelesaikan kedua-dua masalah yang dihadapi tanpa memerlukan kos atau penggunaan bahan yang banyak.

vi ABSTRACT The main idea of the research is to come up with the improvements on the car lock system (Proton Wira). This research emphasized on the safety features for the system after the problem that affected the performance of the system is solved. This improvement is to overcome the car stealing cases that increased day by day which worried the car owners. The mechanism of the lock system is analyzed using the software that can show its movements. This research involved the use of the Computer Aided Drawing (CAD) system to see the movements of the key and implement the fatigue analysis on it to observe the strength of the system. So, this research is done to find the solution towards the problems of the system such as adding the metal component (steel) to the affected area and eliminating the part that easier the stealing activities. After determining the weaknesses of the system, the solution towards it is discussed to overcome it. The best solution towards the particular problem is by adding a component into the system, so that both problems can be eliminated and control with low cost and little use of material.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii ix x xii xiii BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang Projek 1 1.2 Kepentingan Projek 2 1.3 Objektif 3 1.4 Skop 3 1.5 Pernyataan Masalah 4 BAB II KAJIAN LITERATUR 5 2.1 Statistik Jenayah Kecurian Kenderaan 6 2.2 Cara Menghindari Kecurian Kereta 7 2.3 Bagaimana Kereta Dicuri 8

viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB III KAEDAH KAJIAN 11 3.1 Kajian Sistem Kunci yang Sedia ada 11 3.2 Penggunaan Perisian Berbantu Komputer 13 BAB IV REKABENTUK 15 4.1 Rekabentuk dan Pergerakan 15 4.2 Kaedah Penyelesaian 17 BAB V PERBINCANGAN 20 5.1 Kaedah yang Dikemukakan 21 5.2 Kaedah yang Dipilih 23 BAB VI ANALISIS 24 6.1 Sistem Kunci Asal 24 6.2 Sistem Kunci yang Telah Diubahsuai 25 6.3 Perisian ADAMS 26 6.4 Perisian NASTRAN 28 6.5 Analisis dan Perbincangan 35 6.6 Cadangan untuk Masa Depan 35 BAB VII KESIMPULAN 37 RUJUKAN 39 BIBLIOGRAFI 40 LAMPIRAN 41

ix SENARAI JADUAL BIL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Statistik Jenayah Curi Kereta 6 (Sumber: www.rmp.gov.my, Statistik Jenayah Indeks 2005-2007) 5.1 Perbandingan Rekabentuk yang Dicadangkan 22 6.1 Sifat-Sifat Keluli 28

x SENARAI RAJAH BIL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Menggunakan Pembaris Besi 8 2.2 Cara Plat keluli Nipis (Pembaris Besi) Menolak Pin. 9 2.3 Dawai (Penyangkut Baju) 9 2.4 Cara Dawai (Penyangkut Baju) Menarik Pin 10 3.1 Pintu Kereta Proton Wira 12 3.2 Pintu Kereta Setelah Dibuka 12 3.3 Sistem Kunci 13 4.1 Sistem Kunci Dalam Keadaan Terbuka 16 4.2 Sistem Kunci Dalam Keadaan Tertutup 16 4.3 Model Penutup Penuh pada Sistem Kunci Kereta 17 4.4 Model Dua Plat Keluli pada Sistem Kunci Kereta 18 4.5 Model Plat Keluli 19 4.6 Pin yang Perlu Dipotong 19 6.1 Bahagian yang Perlu Ditambah Plat Keluli 25 6.2 Bahagian yang Telah Ditambah Plat Keluli 26 6.3 Sistem Kunci dalam Keadaan Tertutup 27 6.4 Sistem Kunci dalam Keadaan Terbuka 27 6.5 Nilai Penumpuan Stress 29 6.6 Stress Analisis (Pandangan Isometrik) 30 6.7 Stress Analisis (Pandangan Atas) 31 6.8 Stress Analisis (Pandangan Tepi) 31

xi BIL TAJUK MUKA SURAT 6.9 Graph Stress Vs Time 32 6.10 Goodman Diagram 33 6.11 S-n Diagram 34

xii SENARAI SIMBOL MPa = Unit Tegasan, Megapascal N = Unit Beban, Newton σ r = Jarak Tegasan, MPa σ a = Tegasan Alternatif, MPa σ m = Purata Tegasan, MPa σ max = Tegasan Maksimum, MPa σ min = Tegasan Minimum, MPa ksi = Unit Tekanan atau Tegasan, Kilopound per Square Inch

xiii SENARAI LAMPIRAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 Jenayah index 2000-2004 40 2 Jenayah index 2005-2007 41 3 Majalah Prihatin, Berita Spanco, jilid 4 2006 42

1 BAB I PENGENALAN Pembaharuan dalam sistem kunci kenderaan merupakan satu kajian yang melibatkan sistem kunci yang digunakan oleh Proton Wira. Proton Wira dipilih kerana ia merupakan salah satu kereta buatan Malaysia yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendapatan sederhana. Sebagaimana yang diketahui, sistem kunci yang digunakan sekarang amat senang untuk dibuka dengan hanya menggunakan plat keluli nipis yang panjang seperti pembaris besi, dawai seperti penyangkut baju dan ianya tidak mengambil masa yang lama membuka pintu kereta tersebut walaupun dilakukan oleh pencuri amatur. 1.1 Latar Belakang Projek Pembaharuan dalam sistem kunci kereta Proton Wira dijadikan salah satu Projek Sarjana Muda kerana ia merupakan satu masalah yang berlaku di negara kita dan semakin meningkat setiap tahun. Projek ini menggunakan perisian ADAMS untuk mengetahui pergerakan kinematik yang berlaku di dalam sistem kunci pintu kereta. Ianya amat penting untuk

2 mengetahui pergerakan yang berlaku pada sistem tersebut dan bahagian yang terdedah dan senang dibuka menggunakan plat keluli nipis seperti pembaris besi atau dawai seperti penyangkut baju. Selain itu, projek ini juga menggunakan perisian NASTRAN untuk membuat fatigue analisis bagi mengetahui kekuatan bahan yang digunakan dalam keadaan yang sentiasa bergerak. Ianya merupakan analisis yang perlu dilakukan pada peringkat pembaharuan dalam sistem kunci kereta dan akan dibincangkan dalam Projek Sarjana Muda II. 1.2 Kepentingan Projek Projek ini boleh membantu meningkatkan taraf keselamatan dalam sistem kunci kereta Proton Wira pada masa kini. Selain itu, projek ini juga boleh mengetahui pergerakan yang berlaku dalam sistem kunci kereta tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Seperti yang diketahui, sistem kunci kereta amat penting pada setiap kereta atau kenderaan lain. Sistem kunci itu dapat membantu pemilik kenderaan mengunci kenderaan mereka ketika meninggalkan kenderaan mereka. Projek ini penting kerana ianya dilakukan untuk membuat pembaharuan pada sistem kunci kereta Proton Wira sekarang yang senang dibuka tanpa mengambil masa yang lama. Projek ini merupakan projek yang diketengahkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik kenderaan berkenaan.

3 1.3 Objektif Objektif utama bagi projek ini adalah untuk mengkaji kelemahan yang terdapat pada sistem kunci kereta Proton Wira bagi membuat pembaharuan yang lebih cekap dalam sistem kunci kereta. Selain itu, projek ini juga digunakan untuk membuat pembaharuan pada sistem kunci kenderaan yang sedia ada bagi menambah ciri-ciri keselamatan pada sistem kunci tersebut. Projek ini melibatkan kajian kinematik yang berlaku dalam sistem kunci tersebut. Selain itu, beberapa rekabentuk untuk akan dicadangkan dan dipilih mengikut spesifikasi yang melibatkan kos, proses pembuatan dan masa 1.4 Skop Dalam projek ini sistem kunci kereta Proton Wira digunakan sebagai contoh untuk membuat kajian yang lebih terperinci bagi mengenalpasti kelemahan yang terdapat pada sistem kunci kereta. Projek ini juga menggunakan: Perisian ADAMS untuk mengetahui pergerakan kinematik yang berlaku dalam sistem kunci kereta Proton Wira. Perisian NASTRAN untuk membuat fatigue analisis pada bahan yang digunakan dalam sistem tersebut kerana sistem kunci kereta sentiasa digunakan dan ianya memerlukan bahan yang tahan lasak.

4 1.5 Pernyataan Masalah Berpandukan statistik yang diberikan oleh Polis DiRaja Malaysia dalam BAB II, kejadian kecurian kereta semakin meningkat setiap tahun dan ianya amat membimbangkan orang ramai. Kebanyakan kecurian kereta berlaku disebabkan oleh kelemahan sistem kunci kereta yang senang dibuka dan tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan sistem kunci dapat dibuka. Oleh itu, projek ini dibuat untuk mengatasi masalah tersebut supaya dapat mengurangkan risiko kecurian kereta.

5 BAB II KAJIAN LITERATUR Menurut laporan akhbar tempatan, terdapat lebih kurang 10 juta kenderaan yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ/RIMV) di seluruh Malaysia dan kebanyakannya adalah kereta salun dan motorsikal. Kereta baru kebiasaannya dibeli dengan cara pinjaman dari bank atau institusi kewangan dan dilindungi dengan insuran (insurance coverage) terhadap kecurian, kebakaran, bencana dan lain-lain yang berkaitan [1]. Pihak Polis dan Kastam selalu dapat menangkap dan menumpaskan sindikit yang terlibat dalam mencuri kenderaan, mengimpot dan mengekspot kereta curi ke dalam dan ke luar negara melalui jalan darat ataupun jalan laut [1]. Ada juga laporan yang menyatakan kereta dicuri itu dijual kepada bengkelbengkel dan dijadikan alat ganti (spare parts) untuk dijual kepada pihak-pihak tertentu [1]. Kegiatan kecurian kenderaan telah menyumbang lebih 51.2 peratus kepada indeks jenayah di Malaysia [2].

6 2.1 Statistik Jenayah Kecurian Kenderaan Sejumlah 26,566 kenderaan dilaporkan hilang atau purata 73 unit sehari yang membabitkan tuntutan insurans lebih RM557 juta dengan sebahagian besarnya motosikal dan kereta persendirian. Berdasarkan laporan polis, kes kecurian kenderaan kini menjadi kebimbangan kepada orang ramai kerana statistik menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun. [2] JENAYAH CURI KENDERAAN 2005-2007 JENAYAH HARTA BENDA 2005 2006 2007 (JAN-JUN) CURI VAN/LORI/JENTERA BERAT 5507 6328 2625 CURI MOTOKAR 9711 11101 5961 CURI MOTOSIKAL 51709 64858 33167 JUMLAH 66927 82287 41753 Jadual 2.1: Statistik Jenayah Curi Kenderaan (Sumber: Unit Laman Web Cawangan Hal Ehwal Awam dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat,Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (2007), http://www.rmp.gov.my, Statistik Jenayah Indeks 2005-2007) Daripada statistik yang ditunjukkan di atas, kejadian jenayah kecurian kenderaan semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2005, sebanyak 9711 kereta dicuri dan ianya semakin meningkat pada tahun 2006 menjadi 11101 kes kecurian kereta. Pada tahun 2007 ( Januari-Jun ), kes kecurian kereta semakin meningkat dan ini amat membimbangkan semua pihak.

7 2.2 Cara Menghindari Kecurian Kereta Bertindak sebelum kena. Itu merupakan ungkapan yang paling sesuai bagi mengelakkan kejadian curi kereta berlaku. Untuk mengurangkan risiko kecurian kereta, pemandu dan pemilik kenderaan dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti apabila mengunci kereta menggunakan penggera kawalan jauh pastikan setiap pintu dikunci dengan kemas dengan cara cuba membuka pintu secara manual. Selain menggunakan immobilizer, pemilik kereta harus mengunci stereng dan gear dengan cara biasa juga boleh mencegah pencuri yang mengambil kesempatan daripada kelalaian pemilik kereta [3]. Pemilik kereta juga harus melakukan sand blasting nombor pendaftaran pada cermin tingkap kereta dan pemilik kereta perlu memilih bengkel yang boleh dipercayai untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan. Selain itu, walau hanya sebentar keluar dari kenderaan, pemilik kereta haruslah sentiasa mematikan enjin dan bawa kunci bersama. Ketika menyerahkan kunci kereta kepada joki, pemilik kereta harus mengecam muka dan nama joki tersebut untuk langkah-langkah berjaga-jaga. Pemilik kereta tidak harus meletakkan kereta dikawasan gelap, di lorong sunyi, di bawah jambatan, atau di tempat letak kereta yang tidak mempunyai pengawal keselamatan [3]. Sekiranya pemilik kereta perlu meninggalkan kereta selama beberapa hari, tanggalkan bateri dan kuncikan stereng sebagai kunci tambahan. Selain itu, pemilik kereta tidak harus meninggalkan barangan berharga atau dokumen penting dalam kereta untuk mengelakkan kereta dicuri atau dirosakkan oleh pencuri [3]. Cara tersebut merupakan cara yang paling efektif untuk mengurangkan kadar kecurian kereta. Kecurian kereta bukan sahaja boleh berlaku tanpa disedari malah terdapat unsur-unsur keganasan dan nyawa pemilik kereta menjadi taruhan [3].

8 2.3 Bagaimana Kereta Dicuri. Kereta biasanya boleh dicuri dengan cara yang berbeza mengikut jenis kereta yang hendak dicuri. Pencuri biasanya tidak menggunakan cara yang sama tetapi ianya bergantung pada peluang yang diberikan oleh pemilik kereta dan ianya tidak mengambil masa yang lama walaupun dilakukan oleh pencuri amatur. 1) Menggunakan Plat Keluli Nipis (Pembaris Besi) Rajah 2.1: Menggunakan Pembaris Besi (Sumber: Ahmad Kassim, M W & Basri, R & Ng, S (2006) Majalah Prihatin, Berita Sparco:Hindari kecurian kereta, m/s 17. Kuala Lumpur, Malaysia.) Rajah 2.1 menunjukkan cara mencuri kereta menggunakan plat keluli nipis seperti pembaris besi. Ianya amat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membuka pintu kereta tersebut. Cara yang biasa dilakukan adalah ambil pembaris besi yang panjang, kemudian dirikan pembaris tersebut di sebelah pintu kereta. Ia adalah antara pintu kereta dan tingkap kereta dan satu pin pada sistem kunci akan dapat disentuh. Apabila pembaris tersebut terkena pada pin tersebut, tekan pembaris ke bawah secara perlahan-lahan supaya sistem kunci pintu terbuka dan membolehkan pencuri

9 menghidupkan enjin kereta dengan membuat litar pintas pada sistem pendawaian di bahagian bawah stereng kereta [ 4]. Pembaris Besi Rajah 2.2: Cara Plat keluli nipis (Pembaris Besi) Menolak Pin. 2) Menggunakan Dawai (Penyangkut Baju) Cara ini hampir sama dengan menggunakan pembaris besi tetapi dawai seperti penyangkut baju haruslah dibentuk seperti rajah 2.3. Rajah 2.3: Dawai (Penyangkut Baju)

10 Kemudian ambil sekeping besi untuk membuka getah yang terdapat pada tingkap kereta dan masukkan dawai atau penyangkut baju ke dalam pintu kereta. Kemudian dawai atau penyangkut baju menyentuh satu pin di bawah dan pin tersebut ditarik ke atas untuk membuka pintu kereta tersebut. Kebiasaannya pin tersebut ada pada bahagian kanan dan 8 inci di bawah butang kunci [4]. Dawai (Penyangkut Baju) Rajah 2.4: Cara Dawai (Penyangkut Baju) Menarik Pin