Pengenalan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) 4. Kata-kata Aluan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka 7

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PENYUMBERAN LUAR BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM PEMASARAN MENGGUNAKAN KONSEP ADAPTIVE MARKETING SOFFRI BIN YUSSOF

HUMAN VALUES IDENTIFICATION AND ASSESSMENT TOOL DEVELOPMENT FOR TQM CONTEXT MUHAMMAD NOMAN MALIK. A thesis submitted in fulfilment of the

KEBERKESANAN PENGURUSAN PERUBAHAN DI AGENSI AWAM: PERSEPSI WARGAKERJA TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN

TUGAS-TUGAS UTAMA PENGURUSAN HARTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN INBANATHAN KUMARASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN PEMBUATAN KERTAS KERJA UNTUK MAKLUMAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

SISTEM KEBAL BUATAN TERHADAP PEMANTAUAN KETIDAKNORMALAN PESAKIT DALAM WAKTU NYATA (SATU KES KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI RFID)

LIFE CYCLE ASSESSMENT OF AN INTEGRATED SOLID WASTE MANAGEMENT SYSTEM IN JOHOR BAHRU SITI NADZIRAH BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GEOSPATIAL MODELING FOR OPTIMIZATION OF SOLID WASTE DISPOSAL IN A RAPIDLY URBANIZING CITY, SARI, IN IRAN

BERASAS KOMPUTER. Oleh Mohamad Rodzizan b. Hj. Ahmad Tajuddin. 0 MOHAMAD RODZIZAN TAJUDDIN, Hak Cipta Terpelihara.

PROGRAM KAYUHAN AMAL KASTAM 1MALAYSIA

FLOOD DAMAGE ASSESSMENT MODEL USING COST-BENEFIT ANALYSIS NOR AZLIZA BINTI AKBAR

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) structured questions. Answer ALL questions.

CC604: ENVIRONMENTAL POLLUTION & CONTROL

CORPORATE GOVERNANCE REPORTING, CAMEL FRAMEWORK AND BANK PERFORMANCE SITI NURAIN MUHMAD DOCTOR OF PHILOSOPHY UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ENHANCING GENETIC ALGORITHMS BASED SOLUTIONS FOR MULTI SOURCE FLEXIBLE MULTISTAGE LOGISTICS NETWORK MODELS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGANGKUTAN LESTARI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

CC607: WATER & WASTE WATER ENGINEERING

FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR SESI 2013

Yang Berhormat Menteri Kewangan II Dato Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah;

INSTRUCTIONS: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Part 1: PERSONAL INFORMATION (MAKLUMAT DIRI) 3. Salary/ Gaji : a RM b RM c RM d RM and above/ ke atas

(4 the undersigned, certib that)

IJAZAH SARJANA SAINS UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ORCHID FARMING AS A POTENTIAL BUSINESS VENTURE

RMT 553 Organisation and Management (Organisasi dan Pengurusan)

PERCEIVED SERVICE QUALITY VS CUSTOMER EXPECTATION IN MOTORCYCLE SHOP AIDA KHOSHRAFTAR NOURI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEASURING EFFICIENCY OF A MALAYSIAN HOTEL CHAIN USING DATA ENVELOPMENT ANALYSIS

KESANGGUPAN MEMBAYAR [WILLINGNESS TO PAY] OLEH PENGUNJUNG TERHADAP HUTAN BANDAR DI DAERAH JOHOR BAHRU

PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA LEMBARAN AMALI

A MASTER PLAN FOR THE IMPLEMENTATION OF SUSTAINABLE ENTERPRISE RESOURCE PLANNING SYSTEM ABDOULMOHAMMAD GHOLAMZADEH CHOFREH

SEMINAR KAKITANGAN IKHTISAS JENAMA ATAU GAYA?

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SCHOOL OF QUANTITATIVE SCIENCES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

OPTIMIZATION OF A MULTI-OBJECTIVE-MULTI-PERIOD TRAVELING SALESMAN PROBLEM WITH PICKUP AND DELIVERY USING GENETIC ALGORITHM SEYED POURYA POURHEJAZY

POTENTIAL OF SOLAR FARM DEVELOPMENT AT UTM CAMPUS FOR GENERATING GREEN ENERGY SHAHRUL NIZAM BIN MOHAMMAD

CUSTOMER TRUST ON INTERNET BANKING ADOPTION SHIDROKH GOUDARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAA 483/2 Construction Management [Pengurusan Binaan]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EUP 301/3 Engineering Management [Pengurusan Kejuruteraan]

ABSTRAK. maklumat secara kolektif daripada pelbagai pihak tennasuk pengurusan

PREDICTION ON WATER QUALITY OF POINT SOURCE POLLUTION FOR LUNCHOO RIVER, JOHOR RAFIDAH BINTI SHAHPERI

VL s Teknik Pengurusan Fail dan Rekod yang Efektif

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUMBER, PERMINTAAN DAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI KELANTAN UTARA HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI IBRAHIM FPAS

Research Colloquium 2017 Anjuran Institut Tadbiran Awam Negara Dengan Kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam

RUBRIK KEMAHIRAN INSANIAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

SIMULATION ANALYSIS OF AN IMPROVED DESIGN FOR TEMPORARY CRASH BARRIER USING PLASTIC RECYCLE MATERIAL SYAHRUL NIZAM BIN KAMAR ZAMAN

SYAHIDAH HANIYAH BINTI MOHAMMAD

SEMINAR PENDIDIKAN JOHOR Peranan Institusi Pendidikan Dalam Melestarikan Swadaya Insan

ESTIMATING THE ENVIRONMENTAL IMPACTS OF CARBON EMISSIONS FROM FUEL CONSUMPTION DURING CONSTRUCTION ACTIVITIES PEZHMAN SHAHID

Faculty of Management and Human Resource Development Universiti Teknologi Malaysia

The Factors That Influence Motivation to Transfer, and Its Impact on Employees Work Engagement in Libya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ASSESSMENT OF THE ENVIRONMENTAL MANAGEMENT PRACTICES IN HOTEL INDUSTRY TOWARDS SUSTAINABLE TOURISM IN MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A CHOICE EXPERIMENT TO ESTIMATE VISITOR PREFERENCES FOR ECOTOURISM ATTRIBUTES AT KENYIR LAKE, MALAYSIA

EFFECTIVENESS OF CRM SYSTEM FOR CUSTOMER SERVICE REPRESENTATIVES (CSR) TRAINING AT TELEKOM MALAYSIA

A STUDY ON ULTRASONIC WAVE TO ESTIMATE MANGO MATURITY STAGE AINI HAZWANI BINTI MOHD ZELAN

a) Maklumat Generik Bil. Perkara Keterangan 1. Tarikh Program Sepanjang Tahun

MSG 228 Introduction to Modelling [Pengenalan Pemodelan]

THE GREEN SUPPLIER SELECTION AND ORDER ALLOCATION IN THE SUPPLY CHAIN UNDER STOCHASTIC CONDITIONS POORIA HASHEMZAHI

PIVOTAL FACTORS INFLUENCING THE PERFORMANCE OF CONSTRUCTION PROJECTS IN MOGADISHU CITY, SOMALIA ABDI AZIZ AHMED ABTIDON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MARKET RESPONSE TO PUBLIC REPRIMAND ANNOUNCEMENTS IN MALAYSIA EMIE FAMIEZA BINTI ZAINUDIN MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BUSINESS PROCESS IMPROVEMENT (BPI) IN AN ENTERPRISE COMPANY NORASIKIN BINTI SALIM. A project report submitted in partial fulfilment of the

USER RESISTANCE FACTORS IN POST ERP IMPLEMENTATION SAYEED HAIDER SALIH MAHMOUD

KEPERLUAN LATIHAN BERASASKAN KOMPETENSI KAKITANGAN BARISAN HADAPAN HOTEL BAJET, JOHOR BAHRU SITI SURAYA BINTI SHARIFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Introduction 5 MANUFACTURING PROCESSES (SME 2713 )

STUDENT EXPECTATION AND PERCEPTION OF SERVICE QUALITY IN UTM HOSTEL. Supervisor: Assoc. Prof. Dr. Buang bin alias

KESAN KOMITMEN PEKERJA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN DAN KEBERKESANAN ORGANISASI

WORKPLACE LEARNING AND COMPETENCE ACQUISITION: A SINGLE CASE STUDY OF GITN SDN BERHAD SALES TEAM

AVAILABLE TRANSFER CAPABILITY BASED ON RANDOMLY GENERATED PROBABILISTIC DISTRIBUTION FUNCTION OF WIND SPEED USING MONTE CARLO SIMULATION

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Environmental Quality and Conservation

AN INTEGRATED ENERGY AND WATER FOOTPRINT FOR OFFICE BUILDING SUSTAINABLE GREEN MANAGEMENT SYSTEM AUGUSTINE AGHA OKO

EXPLORING A SUSTAINABLE LOCAL WORKFORCE SUPPLY MODEL FOR CONSTRUCTION INDUSTRY IN MALAYSIA

MINIMIZING CONFLICTS DURING CONSTRUCTION STAGE BY USING BUILDING INFORMATION MODELING MOHD FAIZ BIN SHAPIAI

APPLICATION OF THE TRAVEL COST METHOD TO URBAN FORESTS IN JOHOR BAHRU NURUL SHAHIRAWATI BINTI MOHAMED ROSLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A thesis submitted in fulfillment of. of Management (Technology) Faculty of Management and Human Resource Development. Universiti Technologi Malaysia

AGENSI KERAJAAN DISARAN LANTIK PEGAWAI PERHUBUNGAN RAYA YANG BENAR-BENAR MAHIR

IMPROVING THE PROCESS OF CAPTURING CLIENTS NEEDS FAIZAH BINTI IBRAHIM

ANTECEDENTS OF CUSTOMER SATISFACTION IN MOBILE COMMERCE CONTEXT AZIN TAHA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GRATIFICATION LEVELS AMONG FARMERS ON INFORMATION DISSEMINATED THROUGH AGRICULTURAL TELEVISION PROGRAMS IN MALAYSIA

TYRE TRADING MANAGEMENT SYSTEM KHOR SHUIN CHIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AN EFFICIENT MICROCONTROLLER-BASED ELECTRONIC BALLAST FOR HIGH PRESSURE SODIUM LAMPS USED IN STREET LIGHTING MOHD HAMIZAN BIN OMAR

IBG 311 ENZYME TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ENZIM]

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.

PM603 : BUSINESS MARKETING

FACTORS INFLUENCING ACTIVITY-BASED COSTING (ABC) SUCCESS IMPLEMENTATION: A STUDY AMONG MANUFACTURING FIRMS IN CHINA ZHANG YI FEI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ECONOMIC VALUATION OF INTEGRATED SOLID WASTE MANAGEMENT IN KOTA BHARU, KELANTAN, MALAYSIA NIK NOR RAHIMAH BINTI NIK AB RAHIM

THE EFFECTIVENESS OF RIVER WATER TREATMENT PLANT IN IMPROVING WATER QUALITY IN SUNGAI KEMENSAH ALIFF EZWAN BIN ZAINOR RAHIM

Achieving Sustainable Development Goals: Towards Goal: Prepared by: Group 3

A NOVEL HYBRID GREY-INTERVAL TYPE-2 FUZZY LOGIC SYSTEM : FORECASTING OF CO 2 EMISSIONS

SWPlan Software Application for Malaysian Municipal Solid Waste Management

FACTORS AFFECTING POST GRADUATE STUDENTS' ATTITUDE AND BEHAVIORAL INTENTION TOWARD ONLINE SHOPPING FAEZEH MIRGHASEMI

S P E E C H E S. Keynote Address - Challenges Facing Financial Markets in Addressing the Year 2000 Problem

PENGAKTIFAN PENDAFTARAN KE SISTEM E-PROCUREMENT ARIBA

MANAGING GREENNESS IN FIRM MARKETING TO ENHANCE BUSINESS PERFORMANCE CHONG KAH JUAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA VARIABLE ILLUMINATION COMPENSATION FOR PIGSKIN LEATHER IMAGES USING LOCAL AND GLOBAL BLOCK ANALYSIS MOHD HAFRIZAL BIN AZMI

Transcription:

ISI KANDUNGAN Pendahuluan 3 Pengenalan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) 4 Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka 6 Kata-kata Aluan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka 7 Kata-kata Aluan Pengerusi Sekretariat JFE Mampan 8 Kata-kata Aluan Pengerusi Persatuan PRISMA 9 Aturcara Program 10 Kriteria Produk atau Perkhidmatan yang dipamerkan di JFE Mampan 14 Mampan Eco-Ride 15 Forum 1: Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan 16 Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20 Forum 2: Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi 21 Teknologi Penyimpanan Tenaga 22 Waste to Wealth 23 Mitos Kesihatan 24 Pendidikan Q-STEM 24 Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN) 25 Acara Pendidikan/Kebudayaan 25 Loghat Melaka 26

Pendahuluan Jelajah Forum & Ekspo MAMPAN 2017 (JFE Mampan 2017) mengarah kepada pembangunan mampan atau berkelanjutan (sustainable development) selari dengan aspirasi yang terangkum di dalam Model Baru Ekonomi Negara: 3.3. Malaysia should lead the global green revolution 5.1. The New Economic Model A sustainable, inclusive, high income economy JFE Mampan 2017 memulakan suku tahun kedua bertandang ke negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah. Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai Melaka Maju pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau. Melaka telah mengamalkan slogan Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia. Kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah, Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutama gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Unsur-unsur mampan yang diterapkan dalam segala aspek pembangunan di Melaka bakal memperkukuh negeri Melaka dalam mengharungi cabaran masa depan. Hal ini diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Melaka yang memberi sokongan padu terhadap penganjuran JFE Mampan Melaka 2017. Berbagai aktiviti direncanakan untuk JFE Mampan Melaka 2017 dan Agenda MAMPAN ini bertujuan memberikan previu dan maklumat tambahan berkaitan aktiviti-aktiviti tersebut. Semoga Negeri Melaka terus dilimpahi rahmat Tuhan dan menjadi model Green Society Green Economy Sustainable Future. Bersama Membangun Masa Depan Yang MAMPAN 6 & 7 Mei 2017, Melaka 3

Pengenalan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) Forum dan Ekspo Mampan mengenengahkan pelbagai aktiviti, forum, ekspo, kayuhan basikal, bengkel keusahawanan, bengkel pertanian dan kesenian yang membawa aspirasi pembangunan mampan (sustainable development). Forum dan Ekspo Mampan telah melalui beberapa siri yang telah bermula sejak 2014 di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Siri Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) dimulakan pada tahun 2016, tidak lain adalah untuk menyebarkan informasi dan memupuk kesedaran tentang Mampan kepada masyarakat seluruh negara. Diharap usaha ini dapat memberi impak kepada masyarakat agar dapat bersama-sama bersepakat untuk membangun negara. NILAI-NILAI TERAS JFE MAMPAN Menyemai Sikap Cinta Negara Menggalakkan generasi kini kenali negara tercinta dengan mewujudkan usaha-usaha membangun. Perpaduan Memupuk semangat kebersamaan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Peningkatan Jati Diri Penerapan jati diri yang mantap di dalam setiap peribadi masyarakat. Jati diri juga dapat diertikan sebagai tujuan hidup yang sesungguhnya yang harus dicapai semua manusia. Keusahawanan Masyarakat Melahirkan usahawan yang berjaya dan tidak alpa dengan norma nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada masyarakat kita. 4 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Keprihatinan terhadap Pemeliharaan Alam Sekitar Mendidik masyarakat yang sentiasa peka dengan perubahan alam serta merasakan kehadiran alam perlu untuk kita terus hidup dengan sejahtera. Memertabatkan Seni Kebudayaan Tempatan Menyanjung tinggi nilai seni budaya tempatan yang kini semakin dipinggirkan oleh kerana kehadiran arus permodenan. Meningkatkan Potensi Pelancongan Daerah Mempelbagaikan sumber pendapatan masyarakat tempatan dengan menerokai industri pelancongan berasaskan keunikkan daerah tertentu. PESERTA SASARAN Seluruh warganegara, merangkumi Agensi Kerajaan Badan kepimpinan masyarakat Anggota koperasi Usahawan dan badan-badan perniagaan Badan-badan pertubuhan mewakili masyarakat pengguna Pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut pengajian tinggi Badan-badan belia Logo MAMPAN:- 1. Daun bertaut dan membentuk huruf M adalah simbolik kepada perkataan MAMPAN. Pemilihan daun kerana daun memberi maksud tumbuh dan hidup. Ia sentiasa didorong untuk tetap tumbuh, hidup dan berkembang segar. Sesuai dengan perkataan MAMPAN yang memberi maksud kebolehan/kemampuan mengekalkan keadaan (sustainable). 2. Bulatan biru memberi maksud kesatuan, masyarakat dan komuniti yang bekerjasama dalam mencapai matlamat MAMPAN. Biru membawa maksud ketenangan, keyakinan dan kepercayaan di dalam komuniti untuk pembangunan yang MAMPAN. 6 & 7 Mei 2017, Melaka 5

Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Jelajah Forum & Ekspo Mampan dijayakan sebagai wadah untuk jalinan usahasama pelbagai komponen negara merangkumi badan-badan kerajaan dan masyarakat umum demi menjayakan pembangunan mampan sesuai dengan aspirasi negara dan Melaka sebagai negeri teknologi hijau menjelang 2020. Di dalam Model Baru Ekonomi Negara dan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), pembangunan mampan menjadi teras kepada agenda pembangunan Negara. Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah aspirasi tersebut. Antaranya termasuklah pengindahan Sungai Melaka, kempen kebersihan Don t Mess With Melaka, Bandar Teknologi Hijau Hang Tuah Jaya, Projek Melaka Green City Action, melaksanakan inventori tenaga untuk sembilan bangunan kerajaan, pengasingan sisa pepejal, sifar beg plastik serta polisterin dan banyak lagi. Misi kerajaan Negeri Melaka menjelang tahun 2020 ialah mendokong misi dan visi Negara menerusi acuan Melaka Maju, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Misi dan visi ini termasuklah meningkatkan pencapaian negeri maju, memperkukuhkan status negeri bandar dan meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau. Hasrat ini diterjemah menerusi kerangka Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau yang memberi tumpuan kepada lapan sektor utama iaitu alam sekitar, demografi, ekonomi bandar, pengurusan dan kewangan, pengangkutan dan aksesibiliti, kemudahan masyarakat dan rekreasi, sosiologi dan impak sosial serta utiliti dan infrastruktur. Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menyokong apa juga usaha daripada badanbadan bukan kerajaan yang mahu berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam memperkukuh daya tahan negara. Semoga Jelajah Forum & Ekspo Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 berjalan dengan jayanya sekali gus memberi impak berterusan kepada sekuruh masyarakat. Selamat Maju Jaya. TIDAK SEMPURNA MELAWAT MELAKA, JIKA TIDAK MENYUSURI SUNGAI MELAKA. MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE-2. MELAKA 755 TAHUN BERKAT TEPAT CEPAT. Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron Ketua Menteri Melaka 6 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Kata-kata Aluan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Negeriku Sayang, Bandar Teknologi Hijau. Sektor Pertanian dan Keusahawanan merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara. Sektor pertanian merupakan teras ekonomi kepada perkembangan pengeluaran Negara secara keseluruhannya. Sektor ini mempunyai masa depan yang cerah walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Kesedaran bahawa pertanian itu satu perniagaan adalah salah satu cabaran yang perlu dipikul bersama. Sebenarnya mampan tidak hanya berkisar tentang Go Green dengan penekanan kepada usaha-usaha dan teknologi yang mesra alam dan memelihara kesediaan sumber asli untuk generasi mendatang, tetapi ia merangkumi pelbagai aspek lain demi kesinambungan hidup manusia seperti perpaduan, kekuatan jati diri, kemahiran, keadilan sosial, keamanan dan kemakmuran. Jelas sekali pertanian dan keusahawanan boleh berjalan bersama ke arah memelihara alam sekitar dan perkembangan ekonomi rakyat Malaysia yang lebih baik, Pertanian itu Satu Perniagaan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, iaitu golongan petani akan mendapatkan pendapatan yang lebih baik dan memberi sebuah pendidikan kesedaran kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan bahawa kepentingan menjaga alam sekitar perlu di pikul bersama. Kerajaan Negeri Melaka sentiasa memberi sokongan dengan usaha-usaha daripada badan-badan bukan kerajaan yang mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi maklumat secara berterusan kepada usahawan dan petani, tidak mustahil transformasi sektor pertanian ini boleh menjadi realiti. Semoga Jelajah Forum & Ekspo Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Y.B. Datuk Hasan Bin Abdul Rahman Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan, Negeri Melaka 6 & 7 Mei 2017, Melaka 7

Kata-kata Aluan Pengerusi Sekretariat JFE Mampan Segala puji untuk Allah S.W.T. yang dengan limpah rahmat-nya kita dapat terus menganjurkan Jelajah Forum & Ekspo Mampan (JFE Mampan), kali ini di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. bertemakan Mempertingkatkan Keusahawanan Demi Melaka Maju Negeriku Sayang. Sebagai sebuah badan masyarakat yang ingin turut serta dalam agenda pembangunan Negara pihak Sekretariat amat menghargai dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka, khususnya Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka yang memberi sokongan penuh terhadap penganjuran JFE Mampan kali ini. Isu mampan adalah isu seluruh anggota masyarakat dan ia hanya dapat ditangani secara efektif dan efisyen melalui usaha bersama dan terpadu oleh semua komponen masyarakat merangkumi badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, badan-badan perniagaan dan sebagainya. JFE Mampan dirangka agar ia bersifat inklusif melibatkan semua peringkat masyarakat, mencetus perlaksanaan program yang berterusan dan memberi impak dalam pemerkasaan sumber daya dan peningkatan kualiti hidup masyarakat. Forum dan ekspo yang dianjurkan menjadi medan untuk memperkenalkan dan mencetus berbagai idea baru dan inovasi sesuai dengan aspirasi pembangunan mampan manakala program-program lain seperti kayuhan Eco-Ride, pembuatan baja kompos, berbagai bengkel keusahawanan dan pertanian serta persembahan kebudayaan dan kesenian membawa nilai-nilai teras kenegaraan seperti jati diri, perpaduan dan cinta negara. Kami aturkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada berbagai pihak yang turut serta dalam menjayakan JFE Mampan kali ini dan mendoakan semoga ia dapat berjalan dengan jayanya dan diberkati Allah S.W.T. Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa Pengerusi, Sekretariat Jelajah Forum & Ekspo Mampan 8 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Kata-kata Aluan Pengerusi Persatuan PRISMA Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Saya dengan penuh kesyukuran dapat bersamasama menganjurkan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) Peringkat Negeri Melaka 2017. Semoga dengan adanya JFE Mampan ini, masyarakat dapat menilai kesungguhan dan kegigihan warga kerja PRISMA dalam usaha membangunkan komuniti masyarakat terutama rakyat di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Tema Mempertingkatkan Keusahawanan Demi Melaka Maju Negeriku Sayang telah dipilih sebagai panduan bagi permulaan perjalanan JFE Mampan tahun 2017. Saya pasti pihak kerajaan negeri Melaka sentiasa merancang dan melancarkan pelbagai usaha ke arah pembangunan komuniti masyarakat negeri Melaka supaya seiring dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan matlamat pembangunan (SDGs). Justeru itu, saya berharap usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan saya mendoakan semoga kerjasama ini akan mencapai visi dan matlamat yang ditetapkan serta terus mencipta kegemilangan demi pembangunan mampan negeri Melaka. PRISMA sebagai persatuan yang ingin turut serta dalam agenda pembangunan Negeri Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatan kuasa yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam menjayakan JFE Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 dan semua warga negeri Melaka yang menyokong penuh untuk menjayakan JFE Mampan ini. Harapan kami Persatuan Prihatin Sosial Ekonomi Rakyat Melaka dengan adanya program sebegini dan kesinambungannya, maka dapatlah kami sentiasa seiring bersama-sama masyrakat, organisasi dan kerajaan membangun bangsa dan negara. Sekian. AMIZI BIN TAIB Pengerusi Persatuan Prihatin Sosial Ekonomi Rakyat Melaka (PRISMA) 6 & 7 Mei 2017, Melaka 9

Aturcara Program SABTU, 6 MEI 2017 EKSPO MAMPAN RUANG PAMERAN 0800 1600 : Booth Pameran (Agensi Oblik Jabatan, IPT, Badan-badan Kerajaan) Anugerah Inovasi Pembentangan Perniagaan (Business Pitching) Pemadanan Perniagaan Booth Jualan KESIHATAN LAPANGAN 0800 1100 : MAMPAN Eco-Ride dari RTC ke Kompleks Rimbunan Kasih : Lawatan Kampung : Lawatan Booth Pameran dan Jualan FORUM MAMPAN DEWAN FORUM 0800 0830 : Pendaftaran & Rangkaian 0830 0845 : Cabutan Bertuah 1 0845 0900 : Pembentangan Produk 1 (Penaja 1) 0900 1030 : Forum 1 Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan Moderator: En Mohd Hafiz Bin Awang Hassim, Presiden ACT Panel 1: Cik Nordiana Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Panel 2: Prof Madya Juhari Bin Ab Razak, Pengarah Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar, UTeM Panel 3: En Kamarulzaman Ahamad Bin Zainudin, Ketua Jabatan SIRIM Melaka 1030 1130 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan 10 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

KEBUDAYAAN BILIK 1 0845 0945 : Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara oleh Tan Sri Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Bin Abu Bakar 0945 1015 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan BENGKEL PERTANIAN LAPANGAN 0845 0945 : Bengkel Membuat Baja Kompos 0945 1015 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan PENDIDIKAN LAPANGAN 1000 1100 : Pembangunan Keluarga 1) Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En Mohd Hairil Bin Nik Mustapha 2) Grooming Self-Directed Learners oleh En Suryakenchana Omar 1100 1130 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan BENGKEL USAHAWAN LAPANGAN 1000 1100 : Ulasan Program Keusahawanan 1100 1130 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan PERASMIAN PENTAS 1100 1130 : Ketibaan Tetamu dan Dif-dif Jemputan 1130 1140 : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Melaka Maju Jaya : Bacaan Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa 1140 1150 : Persembahan Dondang Sayang 1150 1155 : Tayangan Montaj Jelajah Forum dan Ekspo Mampan 2017 1155 1210 : Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berusaha En Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa, Pengerusi Sekreteriat JFE Mampan 1210 1225 : Ucapan Khas Perasmian oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka 1225 1240 : Gimik Pelancaran JFE Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 dan Penyerahan Agenda MAMPAN 1240 1245 : Penyampaian Cenderamata 1245 1330 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan 1330 1400 : Makan Tengah Hari 6 & 7 Mei 2017, Melaka 11

FORUM MAMPAN DEWAN FORUM 1400 1415 : Cabutan Bertuah 2 1415 1430 : Pembentangan Produk 2 (Penaja 2) 1430 1600 : Forum 2 Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi Moderator: En Amirudin Bin Rasedin, Setiausaha Eksekutif, Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia Panel 1: Datuk Hasnoor Bin Sidang Husin, Ketua Jabatan, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), Melaka Panel 2: Dr Jasmi Bin Ahmad, Ahli Majlis Perbadanan Jasin, Mantan Pensyarah UTeM & KUIM Panel 3: En Hisham Talib Bin Abdul Talib, Co-founder & COO, PasarTap 1600 1615 : Koleksi Maklumbalas (Feedback Collection) 1615 1630 : Penghargaan & Cabutan Bertuah 3 1630 1700 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan TEKNOLOGI HIJAU LAPANGAN 1415 1515 : Teknologi Penyimpanan Tenaga 1515 1545 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan PROGRAM HIJAU LAPANGAN 1400 1515 : Waste to Wealth Green Purchasing Network Malaysia (GPNM) 1515 1545 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan KESIHATAN LAPANGAN 1515 1700 : Mitos Kesihatan Medical Mythbusters Malaysia 1700 1730 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan PENDIDIKAN LAPANGAN 1530 1630 : Pendidikan Q-STEM 1630 1700 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan KEBUDAYAAN PENTAS 1615 1630 : Cabutan Bertuah 4 1630 1700 : Persembahan Kebudayaan 1700 1730 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan 12 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

AHAD, 7 MEI 2017 EKSPO MAMPAN RUANG PAMERAN 0800 1600 : Booth Pameran (Agensi Oblik Jabatan, IPT, Badan-badan Kerajaan) Anugerah Inovasi Pembentangan Perniagaan (Business Pitching) Pemadanan Perniagaan Inovasi Agensi Booth Jualan KESIHATA/KEBUDAYAAN/SUKARELAWAN LAPANGAN 0700 0830 : Senamrobik 0830 0900 : Taklimat Penyertaan Program 0900 1100 : Sepak Takraw 0900 1100 : Sukan Rakyat 0900 1100 : Pertandingan Masakan 0900 1100 : Sukan Berpendidikan 1030 1130 : Ceramah Sukarelawan Halatuju Sukarelawan MAJLIS PENUTUP PENTAS 1130 1200 : Ketibaan Dif-dif Jemputan 1200 1245 : Penyata JFE Mampan Negeri Melaka 2017 oleh Yang Berusaha En Ramlan Bin Harun, Pengarah Program JFE Mampan Nasional : Sekalung Penghargaan oleh Yang Berusaha En Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa, Pengerusi Sekreteriat JFE Mampan : Ucapan Khas dan Penutupan Program oleh Yang Berhormat Datuk Hasan Bin Abdul Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan, Negeri Melaka 1245 1300 : Penyampaian Sijil Inovasi : Penyerahan Bendera MAMPAN kepada Pengarah Program JFE Mampan Peringkat Negeri Pahang 2017 : Penyampaian Cenderamata 1300 1330 : Sesi Fotografi/Sidang Media : Bersurai 6 & 7 Mei 2017, Melaka 13

Kriteria Produk atau Perkhidmatan yang dipamerkan di JFE Mampan PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DIPAMERKAN DI EKSPO MAMPAN PERLU MEMENUHI SEKURANG-KURANGNYA SALAH SATU DARIPADA KRITERIA BERIKUT: Mudah digunakan semula (sama ada keseluruhan atau terpisah) Dibuat menggunakan sumber-sumber semulajadi dan/atau boleh diperbaharui Mengandungi kandungan kitar semula (pasca-pengguna dan/atau pascaindustri) Dengan mudah dikitar semula Biodegradable Tidak mengandungi bahan-bahan yang sangat toksik, dan pengeluaran mereka tidak menyebabkan pengeluaran bi-produk yang sangat toksik Tidak mengandungi klorofluorokarbon, klorofluorokarbon hidro atau bahanbahan lain yang mengancam ozon Menggalakkan kualiti udara yang baik Penggunaan tenaga yang rendah/efisyen Tahan lama dengan keperluan penyelenggaraan yang rendah Rendah tenaga sampingan (tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan/ mengangkut) Menggalakkan cara yang lebih baik dalam penggunaan sumber asli melakukan more for less Meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melibatkan pemerkasaan masyarakat (pendidikan, latihan dan pembangunan) Penglibatan masyarakat terpinggir Selain di atas, produk yang ditawarkan hendaklah mematuhi piawaian atau peraturan yang berkaitan daripada pihak berkuasa yang berkenaan (seperti HACCP, GMP, SIRIM, Halal dan lain-lain) 14 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

MAMPAN Eco-Ride MAMPAN Eco-Ride berlangsung dari pukul 8-11 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat MAMPAN Eco-Ride adalah program berbasikal di lapangan RTC yang dianjurkan oleh JFE Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017. Acara berbasikal ini akan bermula dari RTC Sungai Rambai ke Taman Rimbunan Kaseh, yang terletak di Serkam, Merlimau. Jarak kayuhan kali ini 35 km dan penyertaan adalah percuma. Aktiviti berbasikal bukan sahaja satu bentuk senaman dan rekreasi tetapi juga sebagai satu bentuk pengangkutan di bandar. Ianya murah, mudah, boleh dipercayai dan bentuk pengangkutan yang sesuai serta tidak memerlukan cukai jalan, insurans dan bil minyak serta murah untuk diselenggara. Ianya dapat menjimatkan tenaga dan ruang, serta melindungi seseorang daripada kesan penggunaan automobil yang merosakkan kesihatan. Dengan berbasikal juga akan meningkatkan kesihatan kerana berbasikal secara tetap menjadikan kita kurang menghidap penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan penyakit lain. 6 & 7 Mei 2017, Melaka 15

Forum 1: Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan AHLI PANEL Cik Nordiana Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Prof Madya Juhari Bin Ab Razak, Pengarah Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar, UTeM Forum 1 Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan akan diadakan pukul 9.00-10.30 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di Dewan Forum RTC En Kamarulzaman Ahamad Bin Zainudin, Ketua Jabatan SIRIM Melaka Berbagai isu global yang mengancam keberlanjutan kehidupan manusia telah mencetus kesedaran untuk manusia mengambil pendekatan baru dalam pembangunan. Istilah sustainable development atau pembangunan mampan menekankan keharmonian dan keseimbangan dalam hubungan antara masyarakat, ekonomi dan alam sekitar. Sumber kehidupan untuk generasi akan datang tidak seharusnya dikorbankan atas maksud pembangunan dan aktiviti ekonomi. Hal ini menuntut keusahawanan yang lebih bertanggungjawab dan ia turut membuka peluang dalam melahirkan pelbagai kaedah dan teknologi baru dalam penggunaan sumber alam termasuk penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy), kitar semula bahan terpakai, pertanian organik, dan sebagainya. Forum bakal membincangkan dan memperolehi informasi tentang hal-hal yang berikut: Apakah ciri-ciri pembangunan mampan? Apakah cabaran utama dalam merealisasikan pembangunan mampan di Malaysia? Bagaimanakah tahap kesedaran di kalangan usahawan dan pengguna dalam hal ini? Saranan dan cadangan dalam membina komuniti usahawan yang mengutamakan 3P Bottom Line Profit, People, Planet? Berbagai peluang keusahawanan yang wujud dalam aspek pembangunan mampan? Pelajaran yang dapat diambil dari mana-mana kes sebenar (actual case study)? 16 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara Jati diri merupakan teras dan lambang keperibadian seseorang individu. Ia juga sering dikaitkan dengan sifat seseorang yang berkembang sejak dari kecil lagi dan seterusnya membawa kepada kedewasaan individu Ceramah Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara oleh Tan Sri Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar akan diadakan pukul 8.45-9.45 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di RTC tertentu. Faktor-faktor rohani dan jasmani yang lahir dalam diri individu itulah membentuk jati diri dan sifat moral yang baik ataupun sebaliknya. Ia menunjukkan identiti sesebuah bangsa, agama dan negara dalam mencapai matlamat ke arah menegakkan keperibadian bangsa. Apa yang kita amalkan dalam rutin seharian seperti bertutur dalam Bahasa Melayu adalah asal usul jati diri Malaysia dan perlu dikekalkan daripada dicemari. Penghayatan kepada 5 prinsip Rukun Negara, selain memahami maksud tersirat lagu negaraku serta menghormati Jalur Gemilang akan menyemarakkan lagi jati diri dan rasa cinta kepada negara. Jati diri mendukung matlamat ke arah menegakkan keperibadian bangsa dalam konteks pembangunan negara. Kesedaran kepada betapa berharganya jati diri sesebuah negara perlu menanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, seperti kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 6 & 7 Mei 2017, Melaka 17

Baja Kompos Bagaimana pembuatan baja kompos berfungsi 1 Bahan-bahan dimasukkan di dalam bekas Bengkel proses pembuatan Baja Kompos akan diadakan di lapangan dari pukul 8.45-9.45 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 2 Dram berputar 3 Akhir sekali, baja kompos terhasil ** Ia mengambil masa secara purata selama ±6 minggu untuk bahan-bahan baru menghasilkan baja kompos. Sisa makanan dimeterai dalam beg plastik di tapak pelupusan sampah tidak mengurai dengan betul. Sebaliknya, ia menghasilkan metana, gas rumah hijau, yang menyumbang kepada pemanasan global, dan juga cecair, leachate yang boleh mencemarkan bekalan air. Pengkomposan sisa makanan dapur anda adalah mudah dan memerlukan sedikit masa, usaha atau ruang, bergantung kepada sistem yang anda gunakan. kompos yang tidak ternilai bagi tanah di taman anda atau tumbuh-tumbuhan pasu: Ia adalah makanan yang lengkap dan semulajadi untuk tanah, membantu untuk memperbaiki struktur, kebolehan mengekalkan air dan kesihatan secara keseluruhan. (Sumber: http://www.hgtv.com/design/decorating/clean-and-organize/how-tocompost-kitchen-waste) 18 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Pembangunan Keluarga Slot Pendidikan Pembangunan Keluarga akan diadakan pukul 10.00 pagi untuk slot-1 dan slot-2 pukul 10.30 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC Penceramah 1: En Mohd Hairil Bin Nik Mustapha Kelulusan: Sarjana Muda dalam Perakaunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Topik: Pengurusan Kewangan Keluarga Penceramah 2: En Suryakenchana Omar As parents, we would love that our children become self-directed learners. In becoming self-directed learners, our children will need to learn skills that can help them become independent and motivated. Such skills are usually called study skills. In this talk, the range of essential skills needed for students to be self-directed learners will be shared and explained. Kelulusan: Dip in Social Work GCE A Level, Economics, Geography, Mathematics BA in Geography, BA (Hons), MA, SE Asian Studies Topik: Grooming Self-Directed Learners 6 & 7 Mei 2017, Melaka 19

Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi Bengkel Keusahawanan akan diadakan dari pukul 10-11 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di RTC 20 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Forum 2: Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi AHLI PANEL Datuk Hasnoor Bin Sidang Husin Ketua Jabatan, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), Melaka Dr Jasmi Bin Ahmad Ahli Majlis Perbadanan Jasin, Mantan Pensyarah UTeM & KUIM En Hisham Talib Bin Abdul Talib Co-founder & COO, PasarTap Forum 2 Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi akan diadakan pukul 2.30-4.00 petang pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di Dewan Forum RTC Suasana ekonomi dewasa ini melahirkan berbagai cabaran kepada usahawan. Beberapa perniagaan yang besar dan sudah lama bertahan pun mengalami kemerosotan. Para usahawan perlu peka dengan suasana ekonomi global dan perubahan gaya hidup masyarakat sesuai dengan peredaran zaman. Ini menuntut para usahawan untuk terus melakukan inovasi dan mengaplikasi teknologi terkini untuk terus meletakkan perniagaannya dalam posisi yang kukuh dan relevan dalam memberikan produk atau perkhidmatan yang diingini oleh masyarakat pengguna. Bentuk pembentangan model-model case study yang berkaitan Tajuk forum. Soalan adalah terbuka kepada audien selepas sesi pembentangan dari Panelist. 6 & 7 Mei 2017, Melaka 21

Teknologi Penyimpanan Tenaga Teknologi Penyimpanan Tenaga akan diadakan dari pukul 2.15-3.15 petang pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC Usaha UTeM dalam usaha menuju negara maju kini berpaksikan kepada beberapa Agenda Transformasi Nasional ke arah negara berpendapatan tinggi bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020. Negara memerlukan satu pendekatan baharu dalam menyediakan sistem pendidikan yang terunggul sebagai platform memperkasa jalinan kerjasama utuh bagi perkongsian kepakaran, percambahan idea dalam bidang penyelidikan, sumbangsaran kemahiran profesional dan lain-lain lagi. Aspek pendidikan sememangnya menjadi tumpuan seperti yang disarankan Perdana Menteri termasuklah kerjasama pintar bersama pihak industri, perkhidmatan komuniti dan khidmat masyarakat. Aspek pendidikan terutama dalam bidang akademik, penyelidikan dan penerbitan, pembangunan modal insan dan kerjasama-kerjasama pintar lain yang akan memberi manfaat kepada ketiga-tiga institusi terlibat. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kuim-jalin-kerjasama-8232- pintar-bersama-utem-uir-1.442050#ixzz4fykgqrjx Utusan Melayu (M) Bhd 22 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Waste to Wealth Waste to Wealth dalam Program Hijau akan diadakan dari pukul 3.30-4.30 petang pada pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC Kadar kitar semula nasional hari ini hanya berada di tahap 10.5 peratus sahaja daripada jumlah bahan buangan yang dilupuskan, berbanding negara maju yang melebihi 40 peratus. Oleh kerana jumlah bahan yang dibuang ke tapak pelupusan setiap tahun pula dianggarkan sebanyak 2.3 juta tan dengan nilai mencecah RM900 juta, ekoran itu peningkatan kadar kitar semula akan membawa manfaat besar daripada segi penggunaan semula sumber dan peningkatan ekonomi negara. Bermula dari 2010 hingga 2014, sebanyak 1.2 juta kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan dan hasil jualan barangan kitar semula ini berjumlah RM335,000. Ianya mencerminkan pendapatan boleh dijana melalui amalan kitar semula berkonsepkan Waste to Wealth. (Sumber Utusan Online: 04 Januari 2016) 6 & 7 Mei 2017, Melaka 23

Mitos Kesihatan Mitos Kesihatan Medical Mythbusters Malaysia akan diadakan dari pukul 2.15-3.15 petang pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di RTC SHAH ALAM Komuniti doktor perubatan di laman Facebook dikenali sebagai Medical Mythbusters Malaysia (M3) bersedia berkongsi ilmu dengan pihak media berkaitan isu kesihatan termasuk vaksinasi. Menerusi satu kenyataan, Dr Mohd Syamirulah Rahim mewakili M3 berkata, selari dengan objektif dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat atau kerjasama yang diperlukan. Kami di Medical Mythbusters Malaysia terdiri pakar dan pegawai bidang kesihatan sedia dihubungi bagi khidmat nasihat atau kerjasama mana-mana pihak terutama media massa berkaitan isu kesihatan termasuk vaksinasi, katanya. Menurutnya, para doktor seluruh Malaysia sedang bertungkus-lumus memberikan maklumat benar dengan sumber rujukan berkaliber sekali gus memperbaiki persepsi masyarakat terhadap vaksinasi demi kemaslahatan ummah. Umum sudah maklum negara kita berhadapan masalah kemunculan kembali jangkitan dan wabak penyakit cegahan vaksin contohnya difteria, pertussis (batuk kokol) dan measles yang dahulunya sukar didengari, katanya. M3 platform di Facebook, bertujuan menangkis dan menjawab pelbagai fitnah dan mitos dilemparkan terhadap bidang perubatan khas di Malaysia. M3 juga menawarkan alternatif kepada orang awam mendapatkan maklumat tepat. Pendidikan Q-Stem 24 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN) Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN) merupakan sebuah persatuan yang ingin memartabatkan seni dan budaya Melayu dengan nilai-nilai perpaduan nasional. ISPEN akan mengadakan persembahan Kebudayaan dari pukul 4.30 petang pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di pentas RTC ISPEN sering tidak ketinggalan dalam menyertai JFE Mampan khususnya dalam membina jaringan dengan Jabatan kesenian dan Kebudayaan Negeri dan berbagai badan-badan kesenian dan kebudayaan setempat dalam menjayakan persembahan kesenian dan kebudayaan. Acara Pendidikan/ Kebudayaan Acara Pendidikan/Kebudayaan akan diadakan pada pagi ahad dari pukul 7.00 pagi pada 7 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC Pelbagai acara yang akan dijalankan seperti senamrobik, perlawanan sepak takraw, aktiviti sukan rakyat dan juga pertandingan memasak menjadi satu platform dalam mempromosikan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia supaya tidak telan dek zaman serta mendidik generasi muda agar lebih mengenali dan menghargai budaya mereka. 6 & 7 Mei 2017, Melaka 25

Loghat Melaka Koweng comot Gebau Selimut Kensal Tuala mandi Beledi Baldi Cebok Gayung Gobok Almari Lemari Almari Kahau Cakap Kasar, cakap besar Reti Pandai, boleh Lahabau Apa khabar (La Khabar) Lahanat Laknat Hawau/Kesampau hawau Menunjukan rasa keciwa ( Sampar Hawar -penyakit yg kena pada ayam) Godak Kacau Mencekik, Mentekedarah, Berbokoh Makan Kepau Sepah Bongkang Tidur Kumbah Selerak Dak Kata panggilan sebelum nama seseorang Lopak Kotak pensil Membongkah Kuat makan Membongkang/ membuta Tidur Lebang Pemalas Melohau Besar sangat Sakau Merampas, Mencuri atau mengambil hak orang Nau Benar, Sangat Melanguk Melepak Handau Terlepas atau Canguk Tak bermaya Be Panggilan untuk orang yang tidak dikenali Piau Asli/pure Tegak Lurus Balai Khemah Tiak Panggil Nyaut Sahut Ghumah Rumah Bongkau Beredar Sengkuap Serambi Rumah Ghoboh Roboh atau musnah Mengkewan Bilik Air Muai Banyak Menonong Jalan tak pandang kiri dan kanan Semenggah Senonoh Bakau Darah Menyakitkan hati Mangkuk hayun Bodoh Esbok Peti Ais/aisbox Rebas @ Ghebas Hujan renyai-renyai Bandau Bandar Gebeh, Londeh Nak jatuh atau runtuh Berkenan suka, setuju Pe el Perangai Deras Cepat Madang Seringkali Lorat Menganggu/ menyebok Pak kal Nasib baik Belo/bingai Bodoh Mengeras menghafal Tuang Isi Air pesam Air Suam Lemau Lemah / tak bersemangat / letih Latam, Lencak Lanyak 26 Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Kepam Berbau dan kotor Peghoi atau Peroi Hancur Sangap Menguap Belal Besen @ Tong Pijau Pijar Dedau Gigil/takut/rasa mcm nak demam Bulau Juling (mata) Kot Mungkin Basah lokos, basah lencun Basah kuyup Godok/Rodok Tikam Ketiau Ikhtiar Berlenging Tidak pakai baju Jantan Kelepir Lelaki lembik Begau Degil/gila-gila (perangai) Upau Tali pinggang wanita yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain batik mereka Kopek Merujuk kepada perbuatan membuka sesuatu Ikan Betok Ikan Puyu Kuih telinga batak atau kuih telinga layau Kuih denderam atau Kuih telinga keling Telinga Layau Telinga capang Serun Takut/gerun Berposak-posak Bersusah payah Keje kawen Kenduri kahwin Kang atau karang Nanti Melangok Duduk melepak tanpa buat apa-apa Titik, Sesah Pukul Kosek perbuatan membasuh beras untuk di tanak Terhempap-hempap Terhegeh-hegeh Sama tumbas Sama sibuk Muka tarpal Bermukamuka Darat merujuk ke kawasan yang tinggi di sesebuah tempat Baruh Merujuk kepada kawasan yang rendah di sesebuah tempat Naik Merujuk kepada aktiviti datang atau sesuatu kawasan yang lebih atas Turun Merujuk kepada aktiviti pergi ke sesuatu tempat atau merujuk kepada kawasan yang lebih bawah Berjejai Jarang sangat Memau lebam (sayur, buah-buahan), badan berasa lemah Berdedai-dedai Berpusu-pusu Hujan Petus Hujan lebat Terkonyel-konyel Mengunyah sesuatu yang liat Stemet Jimat Nalau Selalu Jinjit Piat atau Jinjing Sewal seriau/gerun Muka tebek muka seposen, selenga, muka kesian Enjap/Anjap kejap Wat tang Bawa datang ke mar 6 & 7 Mei 2017, Melaka 27