SISTEM PENCARIAN FAUNA MENGGUNAKAN KATA KUNCI BERASASKAN CIRI-CIRI FAUNA (UKMFauna)

Similar documents
PENGAKTIFAN PENDAFTARAN KE SISTEM E-PROCUREMENT ARIBA

PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA LEMBARAN AMALI

HUMAN VALUES IDENTIFICATION AND ASSESSMENT TOOL DEVELOPMENT FOR TQM CONTEXT MUHAMMAD NOMAN MALIK. A thesis submitted in fulfilment of the

BANK SOALAN PINTAR PTA-FTSM PENGENALAN

PERLINDUNGAN HAK CIPTA BUKU ELEKTRONIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENYULITAN BLOWFISH

ENHANCING GENETIC ALGORITHMS BASED SOLUTIONS FOR MULTI SOURCE FLEXIBLE MULTISTAGE LOGISTICS NETWORK MODELS

A MASTER PLAN FOR THE IMPLEMENTATION OF SUSTAINABLE ENTERPRISE RESOURCE PLANNING SYSTEM ABDOULMOHAMMAD GHOLAMZADEH CHOFREH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EUP 301/3 Engineering Management [Pengurusan Kejuruteraan]

FAKTOR-FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PENYUMBERAN LUAR BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

BERASAS KOMPUTER. Oleh Mohamad Rodzizan b. Hj. Ahmad Tajuddin. 0 MOHAMAD RODZIZAN TAJUDDIN, Hak Cipta Terpelihara.

PEMBANGUNAN SISTEM ANALISIS KURSUS CITRA

PEMBANGUNAN PAPAN PEMUKA SISTEM PENGURUSAN RISIKO. Megat Izzat Syazwan Bin Ridzuan Dr. Zulkefli Bin Mansor

SISTEM KHIDMAT NASIHAT KEUSAHAWANAN (eusahawan)

OPTIMIZATION OF A MULTI-OBJECTIVE-MULTI-PERIOD TRAVELING SALESMAN PROBLEM WITH PICKUP AND DELIVERY USING GENETIC ALGORITHM SEYED POURYA POURHEJAZY

BEST ENDEAVOURS FOR GRANTING AN EXTENSION OF TIME IN CONSTRUCTION CONTRACT NUR FARAH FARHANA BINTI RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOOD DAMAGE ASSESSMENT MODEL USING COST-BENEFIT ANALYSIS NOR AZLIZA BINTI AKBAR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANG1

CORPORATE GOVERNANCE REPORTING, CAMEL FRAMEWORK AND BANK PERFORMANCE SITI NURAIN MUHMAD DOCTOR OF PHILOSOPHY UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MINIMIZING CONFLICTS DURING CONSTRUCTION STAGE BY USING BUILDING INFORMATION MODELING MOHD FAIZ BIN SHAPIAI

IBG 311 ENZYME TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ENZIM]

AN INTEGRATED STOCHASTIC-FUZZY METHOD FOR SUPPLY CHAIN LEANNESS EVALUATION IN IRANIAN AUTOMOTIVE SMALL AND MEDIUM ENTEPRISES

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

IJAZAH SARJANA SAINS UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SYAHIDAH HANIYAH BINTI MOHAMMAD

INSTRUCTIONS: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

RECOVERY OF HEAD OFFICE OVERHEADS DUE TO PROLONGATION OF TIME RAMLI BIN ISMAIL

MODEL BASED FRAMEWORK FOR MEASURING SERVICE LEVEL AGREEMENT PERFORMANCE IN SERVICE ORIENTED ARCHITECTURE ALAWI ABDULLAH AHMAD AL-SAKKAF

A STUDY ON ULTRASONIC WAVE TO ESTIMATE MANGO MATURITY STAGE AINI HAZWANI BINTI MOHD ZELAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCE EFFICIENCY OF ANSWERING XML KEYWORD QUERY USING INCOMPACT STRUCTURE OF MCCTREE UMMU SULAIM BINTI SAZALY

TUGAS-TUGAS UTAMA PENGURUSAN HARTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN INBANATHAN KUMARASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANTECEDENTS OF CUSTOMER SATISFACTION IN MOBILE COMMERCE CONTEXT AZIN TAHA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF A FUZZY LOSS-BASED PROCESS CAPABILITY INDEX

PERCEIVED SERVICE QUALITY VS CUSTOMER EXPECTATION IN MOTORCYCLE SHOP AIDA KHOSHRAFTAR NOURI

KEBERKESANAN PENGURUSAN PERUBAHAN DI AGENSI AWAM: PERSEPSI WARGAKERJA TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN

TAKLIMAT MODUL KEHADIRAN STAF UPSI

THE GREEN SUPPLIER SELECTION AND ORDER ALLOCATION IN THE SUPPLY CHAIN UNDER STOCHASTIC CONDITIONS POORIA HASHEMZAHI

ENHANCING USER ACCEPTANCE OF FEEDBACK IN REPUTATION SYSTEMS USING SOCIAL FACTORS FERESHTEH GHAZIZADEH EHSAEI

SISTEM PENGURUSAN ALIRAN KERJA PEJABAT (My TASK) Marazlin Binti Muhammad Prof. Madya Dr Dalbir Singh A/L Valbir Singh

MODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM. Mirza Nabila binti Mazlan Zulaiha Ali Othman ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTENT-BASED IMAGE RETRIEVAL SYSTEM FOR PLANT LEAF DATABASE USING TEXTURE AHMED NASER HUSSEIN

SISTEM PELANTIKAN PEMERIKSA TESIS FAKULTI TEKNOLOGI SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

A SOFTWARE TRACEABILITY APPROACH TO SUPPORT REQUIREMENT BASED TEST COVERAGE ANALYSIS SITI FAIZAH BINTI OMAR

A NOVEL HYBRID GREY-INTERVAL TYPE-2 FUZZY LOGIC SYSTEM : FORECASTING OF CO 2 EMISSIONS

MARKET RESPONSE TO PUBLIC REPRIMAND ANNOUNCEMENTS IN MALAYSIA EMIE FAMIEZA BINTI ZAINUDIN MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

(4 the undersigned, certib that)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAA 483/2 Construction Management [Pengurusan Binaan]

ESTIMATING THE ENVIRONMENTAL IMPACTS OF CARBON EMISSIONS FROM FUEL CONSUMPTION DURING CONSTRUCTION ACTIVITIES PEZHMAN SHAHID

ABSTRACT. Keywords: Quality cost reports, Managerial decision making. vii. Universitas Kristen Maranatha

ABSTRAK. maklumat secara kolektif daripada pelbagai pihak tennasuk pengurusan

PEMBANGUNAN ONTOLOGI FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM) Nor Hazaratul Ain Binti Mohd Zuraini Saidah Binti Saad

MANAGING GREENNESS IN FIRM MARKETING TO ENHANCE BUSINESS PERFORMANCE CHONG KAH JUAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMBANGUNAN SISTEM PEMASARAN MENGGUNAKAN KONSEP ADAPTIVE MARKETING SOFFRI BIN YUSSOF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MEASURING EFFICIENCY OF A MALAYSIAN HOTEL CHAIN USING DATA ENVELOPMENT ANALYSIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAA 483/2 Construction Management [Pengurusan Binaan]

SISTEM WEB PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN PENANAMAN (etani) Nur Hazirah Binti Ismail Dr. Ibrahim Bin Mohamed

IMPROVING THE PROCESS OF CAPTURING CLIENTS NEEDS FAIZAH BINTI IBRAHIM

RMT 553 Organisation and Management (Organisasi dan Pengurusan)

CUSTOMER TRUST ON INTERNET BANKING ADOPTION SHIDROKH GOUDARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CHANGE DETECTION IN MANGROVE FOREST AREA USING LOCAL MUTUAL INFORMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIPS BETWEEN COMMUNICATION SATISFACTION DIMENSIONS AND ORGANIZATIONAL IDENTIFICATION

Faculty of Built Environment University Technology Malaysia

FACTORS INFLUENCING ACTIVITY-BASED COSTING (ABC) SUCCESS IMPLEMENTATION: A STUDY AMONG MANUFACTURING FIRMS IN CHINA ZHANG YI FEI

MANUAL PENGGUNA SISTEM ROSTERING PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

The Factors That Influence Motivation to Transfer, and Its Impact on Employees Work Engagement in Libya

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) structured questions. Answer ALL questions.

WORKPLACE LEARNING AND COMPETENCE ACQUISITION: A SINGLE CASE STUDY OF GITN SDN BERHAD SALES TEAM

PENGEMBARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DARI SUMBER ORANG RAMAI. Laila Nabilah Binti Rosli Dr. Noor Hasrina Binti Bakar

Keywords: Farm management information system, prototype development, application requirement, good agricultural practice

MANUAL PENGGUNA POS LAJU EZISEND

MOTIVATIONAL FACTORS OF ELECTRONIC-WORD-OF-MOUTH FOR SELECTED MALAYSIAN UNIVERSITIES THROUGH ONLINE SOCIAL NETWORKS EHSAN PARSAMEHR

INSTRUCTION : This section consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) only.

SISTEM APLIKASI SOKONGAN KEPUTUSAN UNTUK PELAN AUTOMATIK PENYIRAMAN AIR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

A thesis submitted in fulfillment of. of Management (Technology) Faculty of Management and Human Resource Development. Universiti Technologi Malaysia

SISTEM KEBAL BUATAN TERHADAP PEMANTAUAN KETIDAKNORMALAN PESAKIT DALAM WAKTU NYATA (SATU KES KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI RFID)

# QUESTIONS ANSWERS A General 1 What is e-invoice?

1. Tajuk Penuh Tesis : Sistem e-borang Berasaskan Web. 2. Nama Penulis : Che Rosmarini binti Ngah. 3. Nama Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

PENGEKSTRAKAN IMEJ MELALUI RASPBERRY PI

TYRE TRADING MANAGEMENT SYSTEM KHOR SHUIN CHIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BTT 202/3 Techniques in Biotechnology [Teknik-Teknik Bioteknologi]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA VARIABLE ILLUMINATION COMPENSATION FOR PIGSKIN LEATHER IMAGES USING LOCAL AND GLOBAL BLOCK ANALYSIS MOHD HAFRIZAL BIN AZMI

SharePoint 2013 Implementation Strategy for supporting KM System Requirements in Nuclear Malaysia

APLIKASI SEWA KERETA DALAM TALIAN MOHD FAHMI BIN MAT ANUAR DR HAZURA MOHAMED. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

RISK LEVELS ASSOCIATED WITH WIND GENERATION PENETRATION USING MONTE CARLO SIMULATIONS MOHD DZULHAFIZI B HAJI MOHD USMAN

E-GOVERNMENT SERVICE SECURITY MODEL FOR NUSAJAYA ICT CENTRE. Jama Mohamed Jama UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE ROLE OF CUSTOMER-LINKING, BRAND POSITION AND NEW SERVICE DEVELOPMENT ON CUSTOMER LOYALTY IN INTERNET BANKING

MSG 228 Introduction to Modelling [Pengenalan Pemodelan]

Prototaip Penambahbaikan Modul Penempatan Sistem Latihan Industri Fakulti Komputeran

Pengembangan Teks Pertanyaan Menggunakan Teknik Persamaan Semantik Dalam Capaian Maklumat Al-Quran

SCHOOL OF QUANTITATIVE SCIENCES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

OPTIMAL DESIGN OF WATER NETWORK WITH IMPOVED OPERABILITY MOHAMMADREZA DEHGHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

I hereby declare that I have read this capstone project report and in my opinion this capstone project report is sufficient in terms of scope and

GP621: BASIC INDUSTRIAL MANAGEMENT

STRUCTURAL PERFORMANCE OF ASPHALT BLOCKS PAVEMENT AS RELATED TO THICKNESS, BINDER TYPES, AND JOINT WIDTH AHMED SALAMA ELTWATI

PREDICTION ON WATER QUALITY OF POINT SOURCE POLLUTION FOR LUNCHOO RIVER, JOHOR RAFIDAH BINTI SHAHPERI

FUGITIVE EMISSION ESTIMATION FROM STORAGE TANK AND WASTEWATER TREATMENT UNITS JOHNATHAN HAR SEAN HOU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF CIVIL AND STRUCTURAL CONSULTANT S PERFORMANCE EVALUATION JAYASELVI D/O R.PERIASAMY

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN PEMBUATAN KERTAS KERJA UNTUK MAKLUMAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

SCHEDULING SOFTWARE AS A TOOL FOR MONITORING AND CONTROLLING JKR PROJECT ZAINAL ABIDIN BIN SIN

Transcription:

SISTEM PENCARIAN FAUNA MENGGUNAKAN KATA KUNCI BERASASKAN CIRI-CIRI FAUNA (UKMFauna) NURUL FIRZANA ZAINAL RASHID MOHD RIDZWAN YAAKUB Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pencarian menggunakan kata kunci merupakan suatu kaedah atau teknik carian yang efektif. Kaedah carian kata kunci memberi hasil carian dan mempersembah data dengan lebih khusus. Objektif kajian ini adalah untuk memudahkan proses pencarian dan pengenal pastian sesuatu fauna. Fauna merupakan antara organisma hidup atau lebih dikenali sebagai haiwan yang memiliki ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan capaian maklumat fauna yang dilakukan oleh penyelidik di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, UKM, masalah mendapatkan hasil carian yang spesifik atau lebih khusus menjadi isu terutamanya ketika sedang menjalankan penyelidikan. Justeru, cadangan membangun sebuah sistem pencarian fauna diusulkan. Sistem ini memerlukan paparan hasil carian fauna yang lebih spesifik dan memudahkan kaedah pencarian yang perlu dilakukan oleh pengguna. Sistem ini mampu meggantikan sistem berkaitan fauna yang sedia ada. Bagi merialisasikan hasrat ini, satu sistem pencarian fauna menggunakan kata kunci berasaskan ciri-ciri asas fauna (UKMFauna) dibangunkan. Pembangunan sistem ini melibatkan penggunaan perisian Sublime Text sebagai medium penulisan kod bahasa pengaturcaraan sesawang dan Power BI Desktop sebagai tools bagi menjana laporan fauna berbentuk visualisasi data. 1 PENGENALAN Literasi maklumat merupakan konsep yang telah lama muncul semenjak tahun 70an lagi. Seiring dengannya adalah teknologi maklumat yang kini merupakan literasi yang penting dalam masyarakat abad ke-21 ini(bruce, 2002). Menurut artikel oleh (Virkus, 2003), tinjauan penulisan mengenai literasi maklumat kian bertambah bukan hanya di Eropah, malah turut berkembang di Amerika Syarikat dan Australia. Lain pula senario yang dipaparkan (Bruce dan Candy, 2000) mengenai literasi maklumat iaitu lebih kepada pringkat global termasuk di Asia. Di peringkat antarabangsa, perbincangan mengenai literasi maklumat berpanjangan dan terkini Deklarasi Prague 2003 Towards an information literate society mencadangkan beberapa prinsip asas, antaranya: Information Literacy encompasses knowledge of one s information concerns and needs, and the ability to identify, locate, evaluate, organize and effectively create, use and communicate information to address issues or problems at hand; it is a prerequisite for

participating effectively in the Information Society, and is part of the basic human right of lifelong learning. Kajiselidik 2001(National Information Literacy Survey) oleh ACRL dan American Association of Higher Education (AAHE) mendapati bahawa banyak institusi di Amerika Syarikat tidak menggunakan istilah information literacy. Mereka menggunakan istilah yang memberi maksud dan konsep asas yang sama seperti pencarian maklumat, capaian kepada maklumat dan penilain maklumat. Dalam konteks ini, capaian maklumat amat diperlukan dalam kajian yang dijalankan berkatian serangga, haiwan atau fauna. Oleh itu, sistem pencarian fauna menggunakan ciriciri asas fauna sebagai kata kunci carian amat membantu dalam memberi maklumat dengan mudah dan khusus dalam setiap carian yang dilakukan. 2 PENYATAAN MASALAH Capaian maklumat berkaitan fauna diperlukan oleh pakar domain dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dalam memudahkan kajian mereka. Isu yang timbul adalah sistem yang sedang diguna pakai kurang efisyen. Kaedah pencarian di dalam sistem tersebut memberi hasil carian yang kurang spesifik ataupun tidak secara heuristik iaitu kaedah mengakses maklumat sedia ada untuk mengawal proses permasalahan antara manusia dan mesin (Pearl,J, 1984). Sebagai contohnya, carian berkaitan semut di dalam sistem yang sedia ada. Hasil carian akan menunjukkan maklumat yang mengandungi perkataan semut, tiada paparan maklumat yang lebih khusus atau terperinci. Selain itu, tiada kaedah carian kata kunci yang berasaskan ciri-ciri sesuatu fauna tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan mudah kerana tiada kaedah carian yang lebih spesifik. 3 OBJEKTIF KAJIAN Membangunkan sebuah sistem pencarian fauna dengan menggunakan kata kunci berasaskan ciri-ciri fauna. Pencarian menggunakan kata kunci digunakan bagi memudahkan proses pencarian dan pengenal pastian fauna.

4 METODOLOGI KAJIAN Metodologi yang digunakan dalam perlaksanaan projek ini adalah metodologi Agile seperti mana yang ditunjukkan pada Rajah 1. Metod ini memiliki pengertian bersifat cepat, ringan, bebas bergerak, dan waspada. Hal ini menunjukkan ciri-ciri metod Agile seperti keperluan perubahan yang kerap, budaya yang menerima baik sebarang perubahan dan hanya memerlukan kumpulan kerja yang kecil dalam perlaksanaan metod ini. Inovasi dan tanggunjawab yang baik antara kumpulan pembangun dan klien juga diperlukan bagi mendapatkan hasil kerja yang terbaik. KAJIAN KESUSASTERAAN MEMPERHALUSI RANGKA KERJA PEMBANGUNAN RANGKA KERJA PENGUJIAN SISTEM PEMBANGUNAN SISTEM Rajah 1 Model Agile 4.1 Fasa Kajian Kesusasteraan Di dalam fasa ini, kajian terhadap sistem berkaitan fauna yang sedia ada dilakukan. Berdasarkan hasil pembacaan berkaitan fauna, klasifikasi saintifik fauna dapat dikenal pasti. Bagi kaedah carian pula, beberapa teknik pencarian dikenal pasti di mana terdapat kepelbagaian dari segi algoritma yang diguna pakai. Skop dan objektif kajian turut diambil kira pada fasa ini.

4.2 Fasa Pembangunan Rangka Kerja Pembangunan rangka kerja bagi sistem UKMFauna dilakukan pada fasa ini. Rangka kerja ini merangkumi kajian terhadap keperluan pengguna serta pihak yang berkepentingan dengan projek sistem UKMFauna ini. 4.3 Fasa Pembangunan Sistem Pada fasa ini, pembangunan sistem UKMFauna akan dilakukan berdasarkan rangka kerja yang telah dilakukan. Rangka kerja akan diterjemahkan kepada bahasa pengaturcaraan yang sesuai seperti PHP dan JavaScript. Dengan ini, objektif projek mampu dicapai. 4.4 Fasa Pengujian Sistem Dalam fasa pengujian ini, pangkalan data phpmyadmin digunakan bagi pengujian fungsi sistem. Pengguna akhir yang berpengalaman akan menguji serta memberi maklumbalas terhadap sistem ini. Sebarang maklum balas bagi penambahbaikan dan pengubahsuaian akan diambil kira untuk dibawa semula ke fasa pembangunan rangka kerja. Sebagai tambahan, pencarian maklumat berasaskan kata kunci akan digunakan dalam proses pengujian ini. 4.5 Fasa Memperhalusi Rangka Kerja Fasa ini merupakan fasa terakhir, di mana keempat-empat fasa sebelum ini tercapai. Rangka kerja akan diperhalusi iaitu penambahbaikan reka bentuk akan dilakukan. 5 HASIL KAJIAN Sistem pencarian fauna menggunakan kata kunci bersasaskan ciri-ciri asas fauna atau dikenali juga sebagai UKMFauna telah dibangunkan bagi memudahkan proses pencarian dan pengenal pastian sesuatu fauna. Fungsi-fungsi carian yang telah dibina dalam sistem ini

adalah fungsi carian kata kunci, fungsi carian kategori, fungsi carian berdasarkan susunan (sort) data mengikut abjad atau nombor dan tapisan (filter) kumpulan di dalam jadual keseluruhan fauna. Setiap fungsi carian menggunakan kata kunci yang terdapat dalam sistem UKMFauna ini merupakan kaedah carian kata kunci pantas. Seperti yang telah dinyatakan pada bab awal, fungsi carian ini berbeza dari fungsi carian yang terdapat pada kebanyakan sistem. Hal ini kerana fungsi carian kata kunci UKMFauna hanya memerlukan pengguna memasukkan kata kunci tanpa perlu menekan butang. Setelah memasukkan kata kunci, secara automatiknya hasil carian akan terpapar. Fungsi ini digunakan bagi mempercepatkan proses carian yang perlu dilakukan oleh pengguna. Selain itu, dari segi penjanaan laporan pula, data fauna yang terdapat di dalam pangkalan data akan dipaparkan dalam bentuk visualisasi data iaitu persembahan dalam bentuk seperti carta yang boleh berinteraksi dengannya. Penjaan laporan dihasilkan dengan penggunaan tool Power BI. Metodologi atau kaedah yang telah digunakan sepanjang pembangunan sistem UKMFauna ini adalah metodologi Agile. Metod ini dipilih kerana ciri-cirinya yang memegang kepada prinsip membenarkan perubahan yang kerap terhadap sistem, bersifat ringan dan selain itu sesuai dengan skop pembangunan persekitaran yang kecil (tidak perlu kumpulan pembangun sistem yang besar). Pengujian yang digunakan adalah pengujian unit iaitu setiap komponen di dalam sistem akan diuji satu persatu.

5.1 Pengujian Sistem 5.1.1 Pengujian Fungsi Carian Kata Kunci Jadual 1 Pegujian Fungsi Carian Kata Kunci Pengujian Objektif Pengguna dapat membuat carian fauna 1. Memasukkan kata kunci 2. Memapar senarai hasil carian 3. Memapar maklumat fauna secara terperinci berdasarkan hasil carian yang dipilih No Langkah Pengujian Jangkaan Keputusan Hasil Sebenar Hasil Pegujian 1 Kata kunci dimasukkan Kata kunci boleh dimasukkan 2 Paparan hasil carian Paparan senarai hasil carian berdasarkan kata kunci yang dimasukkan 3 Hasil carian dipilih Paparan maklumat fauna secara terperinci Gagal Jadual 1 menunjukkan langkah dan hasil yang perlu diperoleh dalam proses pengujian fungsi carian menggunakan kata kunci. Semasa pengujian ini dilaksanakan, hasil carian mampu diperoleh tetapi perincian bagi hasil carian berkaitan fauna tidak dapat dipaparkan.

5.1.2 Pengujian Fungsi Log Masuk Pengujian Objektif Jadual 2 Pegujian Fungsi Carian Log Masuk Pengguna dapat membuat log masuk ke dalam sistem 1. Pengenal pastian id dan kata laluan pengguna 2. Log masuk tidak berjaya 3. Log masuk berjaya No Langkah Pengujian Jangkaan Keputusan Hasil Sebenar Hasil Pegujian 1 Id dan kata laluan pengguna dimasukkan Kedua-dua id dan kata laluan pengguna telah dimasukkan 2 Id atau kata laluan pengguna tidak dimasukkan / tidak dikenal pasti Ralat Paparan meminta pengguna memasukkan semula id atau kata laluan 3 Id atau kata laluan pengguna telah dimasukkan / dikenal pasti Paparan maklumat fauna secara terperinci Ke semua pengujian yang telah dijalankan di dalam fungsi log masuk memberi hasil yang positif iaitu lulus tanpa sebarang kegagalan fungsian seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2. Hal ini bermasksud, fungsi log masuk bagi pengguna telah berjaya dibina sepenuhmya.

5.1.3 Pengujian Fungsi Log Keluar Jadual 3 Pegujian Fungsi Log Keluar Pengujian Objektif Pengguna dapat membuat log keluar dari sistem 1. Paparan menu log keluar 2. Akses log keluar No Langkah Pengujian Jangkaan Keputusan Hasil Sebenar Hasil Pegujian 1 Menu dipilih Sub menu log keluar dipaparkan 2 Sub menu log keluar dipilih Berjaya log keluar dan berada di halaman log masuk Langkah pengujian yang dijalankan adalah seperti di dalam Jadual 3 menunjukkan hasil pengujian yang berjaya atau lulus. Hal ini bermasksud, fungsi log keluar bagi pengguna telah berjaya dibina sepenuhmya.

5.1.4 Pengujian Fungsi Mengurus Data Pengujian Objektif Jadual 4 Pegujian Fungsi Log Keluar Pengguna dapat memasuk, mengubah dan membuang data 1. Memasukkan data 2. Mengemaskini data 3. Membuang data No Langkah Pengujian Jangkaan Keputusan Hasil Sebenar Hasil Pegujian 1 Data baru dimasukkan Paparan data pada jadual 2 Data dikemaskini Paparan data yang telah dikemaskini pada jadual 3 Data dibuang Tiada maklumat dalam jadual Langkah pengujian yang dijalankan adalah seperti di dalam Jadual 4 menunjukkan hasil pengujian yang berjaya atau lulus. Hal ini bermasksud, fungsi mengurus data dan maklumat telah berjaya dibina sepenuhmya. 5.1.5 Pengujian Fungsi Menapis Data Pengujian Objektif Pengguna dapat tapis (filter) maklumat 1. Pilih pecahan kategori 2. Paparan hasil tapisan Jadual 5 Pegujian Fungsi Log Keluar No Langkah Pengujian Jangkaan Keputusan Hasil Sebenar Hasil Pegujian 1 Pilihan pecahan kategori Paparan pecahan kategori 2 Hasil tapisan Paparan hasil tapisan mengikut kategori

Langkah pengujian yang dijalankan adalah seperti di dalam Jadual 5 menunjukkan hasil pengujian yang berjaya atau lulus. Hal ini bermasksud, fungsi menapis maklumat telah berjaya dibina sepenuhmya. 5.2 Hasil Antaramuka dan Fungsi Rajah 2 Antara Muka Modul Carian bagi Penyelidik Dalam modul Carian, penyelidik disediakan fungsi carian kata kunci. Carian boleh dilakukan berasaskan ciri-ciri, habitat, nama fauna dan segala maklumat fauna yang telah ada di dalam sistem UKMFauna. Di sini, penyelidik hanya perlu memasukkan kata kunci dan secara automatiknya hasil carian akan dikeluarkan tanpa perlu menekan sebrang butang. Kemudian, hasil carian yang dipaparkan seperti dalam Rajah 2 mempunyai nama saintifik fauna tersebut yang boleh diklik padanya bagi melihat perincian fauna tersebut. Hal ini secara tidak langsung memudah dan mempercepatkan proses carian yang perlu dilakukan penyelidik kerana mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke modul Fauna untuk melihat perincian tersebut.

Rajah 3 Antara Muka Modul Laporan bagi Penyelidik Modul Laporan disediakan dalam bentuk visualisasi data bagi memudahkan penyelidik untuk mengenalpasti perincian setiap fauna yang ada di dalam sistem UKMFauna ini. Penyelidik cuma perlu klik pada mana-mana data yang ingin dilihat dan hasilnya akan diperoleh seperti dalam Rajah 3. Selain itu juga, paparan dalam data tersebut juga boleh diperbesarkan saiznya malah boleh juga dilihat dalam bentuk jadual dengan hanya klik kanan tetikus pada data yang ingin dilihat. Pentadbir dan pengguna berdaftar perlu log keluar dari sistem setelah selesai menggunakan sistem. Hal in bagi mengelakkan sebarang kecelaruan dan kecurian maklumat daripada berlaku. Hanya klik pada menu Log Keluar untuk log keluar sistem ini.

Rajah 4 Antara Muka Utama Sistem UKMFauna Rajah 4 merupakan paparan utama Sistem UKMFauna. Halaman ini boleh diakses oleh pengguna umum iaitu sesiapa sahaja tanpa perlu log masuk ke dalam sistem. Hal ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fauna di samping memudahkan pengguna untuk mencari maklumat fauna untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.

Pada halaman ini, pengguna diberi pilihan melakukan carian fauna sama ada menggunakan kata kunci atau pilihan kategori daripada tujuh klasifikasi saintifik fauna iaitu Kingdom, Phylum, Class, Order, Family, Genus dan Species. Ketujuh-tujuh kumpulan ini merupakan klasifikasi utama yang perlu ada pada fauna. Rajah 5 Antara Muka Pilihan Kumpulan Phylum Rajah 6 Antara Muka Perincian Fauna

Rajah 5 menunjukkan contoh paparan bagi pilihan kategori kumpulan Phylum. Di sini, keseluruhan fauna akan dipaparkan dalam bentuk senarai yang boleh ditapis mengikut pecahan kepada Phylum tersebut. Antara pecahan kepada Phylum adalah seperti dalam Rajah 4.14 di atas (Chordata, Echinodermata, Cnidaria, Arthropods dan Molluscs). Setelah itu, perincian bagi setiap fauna juga boleh dilihat dengan menekan butang Perincian dan perincian tersebut boleh dicetak seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6. 6 KESIMPULAN Sistem Pencarian Fauna Menggunakan Ciri-Ciri Asas Fauna Sebagai Kata Kunci berjaya dibangunkan. Secara tidak langsung, telah mencapai objektif utama iaitu peencarian dan pengenal pastian fauna secara spesifik seperti yang telah dinyatakan pada awal bab ini. Berdasarkan hasil pembacaan didapati bahawa nama saintifik bagi sesuatu spesis fauna secara asasnya terdiri daripada dua bahagian iaitu nama generik dan nama saintifik (de Jong, 2014). Berdasarkan nama ini juga, kebanyakan sistem menggunakannya sebagai kata kunci dalam carian. Akhir sekali, harapan dengan adanya asistem UKMFauna ini, dapat memberi manfaat kepada pengguna terutama sekali para penyelidik di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, UKM dalam proses pencarian fauna. Sebagai tambahan, sistem ini mampu ditambah baik atau dipertingkatkan lagi mengikut keperluan dan perubahan pada masa akan datang. 7 RUJUKAN A-Z Animals. 2008. Animal Classification - Reference - A-Z Animals. Retrieved from https://a-z-animals.com/reference/animal-classification/ Carleton University Librarry. (n.d.). Keyword and Advanced Keyword Searching MacOdrum Library. https://library.carleton.ca/help/library-catalogue/keyword-andadvanced-keyword-searching [31 March 2017]. Database management system with active data dictionary. 1985. Retrieved from https://www.google.ch/patents/us4774661

de Jong, Y. et al. 2014. Taxonomic Scope Fauna Europaea. Museum für Naturkunde, Berlin,. doi:10.3897/bdj.2.e4034 Pearl & J. 1984. Heuristics: Intelligent search strategies for computer problem solving. Addison-Wesley Pub. Co., Inc.,Reading, MA. Shawn McCarthy. 2010. Why you should know the difference between search tools and discovery tools -- GCN. GCN - Media, Inc,. Retrieved from https://gcn.com/articles/2010/05/03/internaut-search-discovery-tools.aspx Stephen J Bowen, D. R. B. 1997. Keyword searches of structured databases. Retrieved from https://www.google.com/patents/us6094649