KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28-31 MAC 2018 Pertandingan Golf PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs) PERATURAN/UNDANG UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BAGI ACARA GOLF 1. NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN GOLF SUKAN GEMAPUTRA XV PERLIS 2018. 2. PERATURAN AM PERTANDINGAN 2.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang The Royal and Ancient Club Of St Andrew dan Local Rules kelab golf di mana pertandingan dijalankan. 2.2 Semua peraturan am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur Golf Gemaputera XV Perlis 2018. 2.3 Jawatankuasa Pertandingan akan bertanggungjawab di dalam organisasi teknikal, seluruh kawalan dan pengurusan pertandingan. 3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN 3.1 29 Mac 2018 (Khamis) - 7:00 Pagi - 2:00 Petang 31 Mac 2018 (Sabtu) - 7:00 Pagi - 2:00 Petang 4. TEMPAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan Golf akan diadakan di KELAB GOLF PUTRA, PERLIS. 2
5. KELAYAKAN PENYERTAAN 5.1 Terbuka kepada pegawai dan kakitangan Agensi/PKEN dan Syarikat Anak/Sekutu. Agensi-agensi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah. 5.2 Penyertaan mestilah disertakan dengan Borang Pendaftaran yang disediakan penganjur. 5.3 Pegawai-pegawai yang bertugas sama ada secara tetap, sementara atau kontrak juga layak menyertai pertandingan ini. 6. PENDAFTARAN PASUKAN/PEMAIN 6.1 Setiap Agensi/PKEN dibenarkan mendaftar minimum 1 pasukan atau maksimum 2 pasukan yang terdiri dari 4 orang dan 1 pegawai untuk setiap pertandingan ini. 6.2 Setiap Agensi/PKEN juga dibenarkan mendaftar 3 orang pemain untuk Kategori Jemputan VVIP. 6.3 Senarai pendaftaran ini hendaklah disertakan dengan butiran dan maklumat seperti berikut:- (i) Nama penuh pemain dan pegawai (serta jawatan pegawai) (ii) (iii) (iv) Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai Gambar pemain dan pegawai (bersaiz passport) Acara yang akan diwakili oleh pemain 6.4 Pemain-pemain hendaklah menjadi ahli Kelab Golf dan mempunyai handicap yang sah. Pemain-pemain juga diingatkan supaya mengistiharkan handicap yang terendah jika mempunyai lebih daripada satu (1) keahlian kelab. 3
6.5. Borang pendaftaran ini hendaklah disahkan oleh Ketua EksekutifPengurus Besar/Pengarah Urusan/Pengurus Agensi masing- masing. 7. ACARA-ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN 7.1 Berpasukan 7.2 Individu 7.3 Jemputan VVIP 8. YURAN PENYERTAAN 8.1 Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaaan sebanyak RM3,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan (4 Orang pemain & 1 Pegawai). 8.2 Manakala bagi kategori VVIP pula yuran penyertaan sebanyak RM750 / Pax (Ringgit Malaysia : Tujuh Ratus Lima Puluh Ringgit sahaja) bagi setiap pemain. 8.2 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan resit rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan. 9. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PENYERTAAN 9.1 Tartikh tutup pendaftaran penyertaan ialah pada 31 Disember 2017. 10. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN, TAKLIMAT DAN UNDIAN 10.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada pada 27 Mac 2018 (Selasa). 10.2 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad. Selepas taklimat Pengurus Pasukan sebarang permohonan/pertukaran/gantikan tidak dibenarkan. 11. PERATURAN PERTANDINGAN 11.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURAN AM sebagaimana yang ditetapkan oleh PENGANJUR. 4
11.2 Masa Pertandingan Peserta-peserta dikehendaki melaporkan diri kepada Pegawai Pelepas (Official Starter) 10 minit sebelum masa bermula. Jika peserta tiba di tee box permulaan bersetuju untuk bermain dalam masa 10 minit selepas masa bermula ia akan dikenakan penalty mengikut peraturan golf 33-7 (gagal bermula pada waktu yang ditetapkan) penalty 2 pukulan tanpa penyertaan dibatalkan. 11.3 Melambatkan Permainan Peraturan golf 6-7 akan dikenakan terhadap pemain yang melambatkan permainan. 11.4 Kedi Kedi dibenarkan untuk membantu peserta semasa pertandingan. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan penyertaan dibatalkan mengikut peraturan golf 6-4. Kedi hanya disediakan untuk peserta kategori VVIP. 11.5 Bola Yang Dibenarkan Bola-bola yang digunakan bagi pertandingan hendaklah yang dibenarkan seperti terkandung di dalam peraturan golf 5-1. 11.6 Keputusan Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad, mengikut peraturan golf 34-4. 12. SISTEM PERTANDINGAN 12.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan mengikut system 36 stable ford. Jika terdapat sebarang keadaan di mana pertandingan tidak dapat dihabiskan. Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan cara 5
keputusan pertandingan dilakukan. Keputusan Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad 12.2 Acara Berpasukan Setiap pasukan akan diwakilkan oleh 4 peserta sahaja. Jumlah mata 3 pemain akan dikira sebagai skor pasukan. Pasukan yang mempunyai jumlah mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Jika keputusan seri, jumlah mata pemain keempat diambil kira. Pasukan yang pemain ke empatnya mempunyai mata yang lebih tinggi akan diikhtiharkan menang. Jika pemain mata ke empat juga seri, jumlah mata pemain ke tiganya diambil kira. Pasukan yang pemain ke empatnya mempunyai mata yang lebih tinggi akan diikhtiharkan menang. Jika masih berlaku seri, penentuan handicap menentukan pemenang. 12.3 Acara Individu Peserta yang mendapat jumlah mata yang tertinggi dalam pasukan akan dikira sebagai pemenang individu, di mana kedua-dua acara ini dijalankan secara serentak. 13. PEMBATALAN 13.1 Mana-mana pemain yang dibatalkan penyertaan di dalam pertandingan ini, jumlah mata peserta tersebut tidak akan diambil kira untuk pengiraan mata pasukan. 14. BANTAHAN 14.1 Sebarang bantahan selain daripada skor hendaklah dibuat melalui Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Golf Kejohanan Sukan GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 dalam masa 15 minit selepas pertandingan tamat dengan sertakan wang tunai RM2,000.00 sebagai pertaruhan. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu ditolak oleh Jawatankuasa, sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 6.1, Undang-Undang dan Peraturan Am, Kejohanan Sukan Gemaputera Ke- XV, Perlis 2018. 6
15. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN 15.1 Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Penganjur Pertandingan Golf Kejohanan Sukan Gemaputera XV Perlis 2018 dan ianya adalah muktamad. 16. HADIAH 16.1 Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:- ACARA EMAS PERAK GANGSA BERPASUKAN 1 (5 MEDAL) 1 (5 MEDAL) 1 (5 MEDAL) INDIVIDU & VVIP 20 HADIAH SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN 7
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN GOLF GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 PERMAINAN/SUKAN PASUKAN : GOLF : _ BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP 1 Pengurus 2 Jurulatih BIL NAMA PEMAIN NO. K/P 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 KATEGORI PERMAINAN NO. PEKERJA/ KWSP * Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan Golf & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018. ** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain. TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017 Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam borang pendaftaran individu Pengurus Pasukan Disahkan oleh Nama : No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua No. Tel : Jabatan/Eksekutif)
Tarikh : BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU KEJOHANAN GOLF GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 Sediakan 2 Keping gambar berukuran passport dan 1 keping dilekatkan di sini NAMA PENUH : NO. K/P : TARIKH LAHIR : ALAMAT : (Tempat Bertugas) : NO. PEKERJA : TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN : NO. TEL : PENGURUS JURULATIH PEMAIN SAIZ T SHIRT (American size) : Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan : Salinan Kad Pengenalan Salinan Penyata KWSP/KWAP Gambar dua (2) keping berukuran passport
BORANG PENGESAHAN PESERTA KEJOHANAN GOLF GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 KATEGORI : BERPASUKAN / INDIVIDU / VVIP NAMA NAMA KELAB GOLF NO. AHLI KELAB GOLF HANDICAP TANDATANGAN :.. :.. :.. :.. :.. DISAHKAN OLEH: GOLF CLUB CAPTAIN/SETIAUSAHA KELAB GOLF (Cop & Tandatangan)